Spesies ikan aneh yang berkepala buaya ditemukan baru-baru ini di Perairan Sabak Bernam berhampiran kawasan Kampung Sungai Lang.

Ikan yang jarang ditemui itu difahamkan dijumpai oleh seorang nelayan apabila ikan itu tersangkut pada pukat hanyutnya.

Menurut sumber, nelayan tersebut mendapati bahawa ikan itu telah pun mati sebelum mengeluarkannya daripada pukat.

Sinar Harian

Tidak dapat mengenalpasti spesies ikan berkenaan, nelayan itu kemudiannya bertindak menjual ikan tersebut kepada individu warga Bangladesh.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata bahawa siasatan lanjut mendapati ikan itu adalah spesies ‘Alligator Gar’.

Spesies itu menurutnya dilarang untuk dilepaskan di mana-mana perairan.

Foto hiasan/Pinterest

“Berkemungkinan ikan ini dilepaskan di kawasan sungai dan mengikut air hujan turun ke kawasan muara Sungai Lang”, ujarnya lagi.

Ikan prasejarah ini secara umumnya muncul di dunia sejak 157 juta tahun yang lalu dan mendiami banyak kawasan di dunia.

Walau bagaimanapun, sumber mengatakan bahawa spesies ini hanya terdapat di kawasan Amerika Utara dan Tengah sahaja pada masa kini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular