Seorang lelaki berkongsi pendapatnya dalam satu posting yang tular di Facebook tentang bagaimana pasangan lelaki tidak wajar berasa kurang selesa atau berasa ego tercabar, sebaliknya harus menyokong teman wanita atau isteri apabila menyedari kehidupan mereka lebih berjaya.

Eugene Ng memuat naik satu posting di Facebook pada 9 Disember yang berkongsi catatan mengenai hubungannya bersama kekasih hati yang menjadi tular dengan lebih 11,000 perkongsian.

Eugene dan teman wanitanya, Teh YinYin telah menjalin hubungan selama 9 tahun. Mereka mula menjadi pasangan kekasih sejak di sekolah menengah dan tidak mempunyai sebarang masalah dengan hubungan itu.

Eugene Ng/Facebook

Eugene menganggap dirinya tidak selalu bermotivasi untuk bekerja keras seperti mana sekarang pada ketika usia remaja, dan teman wanitanya YinYin bersikap sebaliknya.

“Saya hanya seorang anak lelaki yang berasal daripada keluarga ibu bapa tunggal. Bersikap buruk, malas, tidak matang, tiada arah tujuan dengan ego besar,” tulis Eugene.

“Saya cukup bernasib baik, YinYin tidak pernah berputus asa dengan sikap saya. Dia percaya saya akan tersedar, berubah sikap dan akan bekerja keras demi masa depan yang saya inginkan,” tambahnya lagi.

Eugene Ng/Facebook

YinYin selalu bekerja keras sementara Eugene tidak melakukan apa-apa. Bahkan ibu YinYin pernah menangis kerana merasakan Eugene tidak cukup layak dan bertanggungjawab untuk menjaga anak perempuannya.

Dan YinYin memberitahu ibunya,”Jangan bimbang, saya akan bekerja keras demi masa depan saya sendiri. Tidak perlu bergantung kepada Eugene.”

Eugene Ng/Facebook

Pada suatu hari pada bulan September 2015, YinYin menerima bayaran besar dan komisen berkat usaha keras dari syarikat tempatnya bekerja dan YinYin mengajak Eugene meraikannya dengan keluar membeli-belah dan membelanjanya makan malam. 

Pada hari itu, YinYin menghabiskan lebih RM1,000 dan perkara itu benar-benar membuat Eugene berfikir. Pada waktu itu, Eugene merasakan bahawa sepatutnya dia yang harus memberikan yang terbaik dalam hidupnya dan membawanya keluar untuk meraikan kejayaan itu.

Eugene Ng/Facebook

“Saya berasa tercabar dan tergugat dengan kejayaannya, dan saya berasa tidak sesuai dengannya, kerana dia begitu berjaya. Pada hakikat, saya berasa kecewa dengan kejayaannya dan kerana itu, saya hilang kepercayaan kepada diri sendiri,” akui Eugene dalam catatan itu.

Tetapi selepas itu, Eugene tidak menyerah kalah dan berputus asa. Dia bangkit dengan berusaha keras untuk berada sebaris dengan YinYin. Eugene tidak membenarkan YinYin membayar makanan mereka, jadi mereka terpaksa makan roti murah dan nasi lemak bungkus setiap hari ketika dia sedang bekerja keras. 

Menjelang 2020, Eugene berjaya sampai ke tempat YinYin berada. Mereka kini telah berjaya memiliki rumah sendiri bersama, dapat melancong ke seluruh dunia dan Eugene kini mampu menghadiahkan YinYin dengan barangan mewah kegemarannya.

Eugene Ng/Facebook

“Tidak dapat dinafikan bahawa berputus asa itu adalah salah satu pilihan dalam hidup tetapi nasib baik saya tidak memilihnya. Saya percaya akan bahagian paling bertuah adalah dia tidak pernah berputus asa dengan saya,” tulis Eugene.

Nasihat buat semua lelaki di luar sana, Eugene berkata, “Lelaki tidak sepatutnya berasa tercabar atau tergugat serta berasa dilemahkan dengan kejayaan pasangan kerana mereka bekerja keras untuk itu dan mereka layak menerimanya. Sebagai pasangan, kita harus berbangga dengan sentiasa memberi sokongan penuh kepada mereka, serta tidak berputus asa lalu bertindak memutuskan hubungan. Kita juga harus bekerja lebih keras, bertekad tiga kali ganda usaha dan belajar daripada pasangan kita untuk berjaya.”

Eugene Ng/Facebook

Dan kepada wanita, Eugene memberi nasihat, “Jangan pernah berasa simpati atau kasihan jika anda lebih berjaya daripada pasangan. Anda berhak mendapat setiap kejayaan yang telah diusahakan, jadi jangan biarkan seorang lelaki menghalang anda untuk menjalani kehidupan yang diinginkan atau melakukan apa sahaja impian yang seharusnya anda lakukan.”

Yang paling penting kepada YinYin, Eugene menulis dalam catatan itu, “Terima kasih kerana mencintai saya, mempercayai saya dan tidak pernah berputus asa dengan saya. Saya ini bukan siapa-siapa jika tidak kerana anda! “

Eugene Ng/Facebook

Kisah cinta pasangan yang manis dan tulus ikhlas. Doakan yang terbaik buat Eugene dan YinYin.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular