Menyewa rumah merupakan perkara yang biasa memandangkan bukan semua orang mampu untuk memiliki sebuah kediaman sendiri. Antara golongan yang sering menyewa adalah pelajar universiti, individu bujang dan juga keluarga. Salah satu isu yang sering kita dengar mengenai penyewa dan pemilik rumah adalah isu kebersihan dan pembayaran.

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial yang dikenali sebagai @aiaoooo telah memuat naik sebuah video tentang keadaan rumahnya yang bersepah ketika ditinggalkan oleh penyewa tidak bertanggungjawab. Malah, pemilik rumah ini turut mendedahkan bahawa penyewa yang tidak bertanggungjawab itu tidak melunaskan bayaran sewa yang tertunggak selama 9 bulan beserta tunggakan bil elektrik yang mencecah sehingga RM4,000!

Dalam perkongsian itu juga, pemilik rumah ini dikatakan kecewa dan sedih dengan sikap penyewa rumahnya yang membiarkan rumahnya dalam keadaan sebegitu rupa. Malah, ketika dia masuk ke dalam rumah, didapati pintu rumah tidak berkunci! Jika anda yang berada di tempatnya, pasti jantung anda berdegup kencang menahan rasa marah atas sikap penyewa tersebut.

Di samping itu, rumah tersebut juga dilihat masih dipenuhi dengan barangan peribadi milik penyewa namun kelibat penyewa langsung tidak kelihatan di rumah berkenaan.

Inilah dilema yang terpaksa dihadapi oleh pemilik rumah sewa berkenaan dan mungkin juga pernah berlaku kepada individu lain yang terpaksa berputih mata apabila melihat rumah yang dibeli dengan hasil titik peluh diperlakukan sedemikian rupa.

Warganet turut terkesan dengan dugaan yang menimpa lelaki ini telah memberikan pelbagai reaksi berkenaan isu yang hangat ini.

“Ini kes berat. Semoga dipermudahkan segala urusan”.

“9 bulan? Baiknya tuan rumah. Mana nak cari tuan rumah seperti ini?”.

“Bil elektrik mencecah RM4,000. Kalau ada masalah beritahu tuan rumah awal-awal. Bukan semua tuan rumah zalim”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular