Tidak dapat kita nafikan hakikat bahawasanya kini lebih ramai yang mengalami kesukaran untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Nur Farina Binti Abdullah berkongsi satu kisah yang agak meruntun perasaan melibatkan dua orang beradik.

Menurut Farina, dia telah membuat pesanan makanan dari Batu Caves dan dijangkakan bahawa ia akan tiba di rumahnya sekitar jam 9 hingga 10 malam.

Namun sehingga jam 12 tengah malam, makanan yang dipesan tidak jugak tiba. Oleh kerana hari sudah lewat, Farina meminta suami dan anak lelakinya sahaja yang menunggu.

Cerita suami dan anaknya, penghantar pesanan makanan tersebut tiba pada jam lebih kurang 12:30 pagi.

“Mereka kata rider tu tak mahir sangat area Bangi dan rider tu adalah dua beradik yang kedua-duanya sengau”.

Nur Farina Binti Abdullah

Tambah Farina, seorang daripadanya sengau manakala seorang lagi sengau dan sumbing. “Seorang tunggang motosikal, seorang galas beg Grab”.

Apa yang membuatkan mereka lambat menghantar makanan adalah disebabkan oleh tayar motosikal mereka yang tiada angin.

“Tak semena-mena, rasa sayu pula hati dan rasa bersalah pula sebab order makan jauh-jauh sebegitu”, tulis Farina.

Tambah wanita itu lagi, jika semua orang bersimpati dan berfikiran sepertinya, mesti kedua-dua beradik terbabit tiada pendapatan pula, bukan?

“Sayu tengok gigihnya dua beradik tu kerja sama-sama, cari duit sampai tengah malam dengan sesat entah ke mana, dengan tayar motosikal buat hal pula”.

Wanita itu juga ada melampirkan sedikit maklumat bank (CIMB BANK 7055619186, atas nama Amirul Hafizan Bin Rosli ) untuk sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan buat Amirul dan Syafiq.

Ini kerana, mereka ingin mengumpulkan dana untuk membolehkan mereka mendapatkan telefon bimbit baru, yang boleh menggunakan aplikasi Waze bagi memudahkan urusan penghantaran.

Atau anda boleh hubungi Amirul menerusi nombor WhatsApp 01124053267 atau di talian 01161773446.

Kita sebagai pelanggan perlu lebih memahami dan ada sedikit empati dalam diri kerana penghantar makanan juga manusia biasa.

Ada kalanya mereka juga dibebani dengan masalah. Jadi sebelum marah pesanan kita lambat tiba, tanya dahulu masalah mereka. Jangan tahu marah sahaja ya

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular