Peguam Sidney Powell menegaskan bahawa ekoran terdapat dakwaan campur tangan asing dalam Pilihan Raya Presiden 3 November, ‘ia lebih dari cukup untuk memicu’ perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden Donald Trump mengenai campur tangan asing pada tahun 2018.

Pada bulan September 2018, Presiden Trump menandatangani perintah eksekutif yang menyatakan “tidak lebih dari 45 hari setelah berakhirnya pilihan raya Amerika Syarikat, Pengarah Perisikan Negara, atas nasihat dan rundingan bersama ketua-ketua jabatan dan agensi eksekutif yang bersesuaian, hendaklah melakukan penilaian ke atas setiap maklumat yang menunjukkan bahawa kerajaan asing, atau mana-mana orang yang bertindak sebagai ejen atau bagi pihak kerajaan asing, telah bertindak dengan niat atau tujuan untuk campur tangan dalam pilihan raya berkenaan.”

Paparan Skrin/The Epoch Times

Powell memberitahu The Epoch Times bahawa beliau percaya dengan perintah eksekutif itu, ia memberikanTrump “segala jenis kuasa … untuk melakukan segala-galanya daripada merampas aset sehingga membekukan aset, menuntut penahanan mesin-mesin,” yang merujuk kepada mesin pengundian.

“Di bawah kuasa darurat, beliau bahkan boleh melantik seorang pendakwa raya khas untuk meneliti hal ini, yang sebenarnya harus berlaku,” kata Powell.

“Setiap mesin, setiap mesin undi di negara ini harus disita sekarang. Jelas terdapat lebih banyak sebab kemungkinan jenayah boleh dipercayai berlaku untuk mengukuhkan alasan, bagi sesiapa sahaja yang bersedia membangkitikan isu undang-undang dan fakta semata-mata berdasarkan kebenaran dan bukannya atas kepentingan politik, atau ketamakan korporat, atau kekayaan global,” katanya.

Sejak sebulan yang lalu, beberapa pihak, termasuk Pengerusi GOP Maricopa County di Arizona, Linda Brickman, dan juga Powell sendiri, telah mendakwa bahawa mesin Dominion Voting Systems membenarkan undi ditukar daripada Trump kepada calon Demokrat Joe Biden. Pihak Dominion telah menolak dan menafikan, dengan berkata bahawa tidak mungkin boleh menukar kertas undi, sambil menegaskan bahawa ia tidak mempunyai hubungan dengan kerajaan asing dan mereka tidak membenarkan pekerjanya untuk terlibat dalam usaha penjadualan undi.

Powell maklum bahawa Pengarah Perisikan Negara John Ratcliffe hanya mempunyai beberapa hari sahaja lagi sehingga beliau menyiapkan laporannya kepada Presiden, menurut perintah eksekutif September 2018. Tidak jelas bila – atau apakah – Ratcliffe akan mengeluarkan laporan tersebut, kerana belum terdapat pengesahan umum setakat ini. Tidak banyak yang disebut berkenaan dengan perintah eksekutif sejak ia ditandatangani lebih dua tahun lalu.

Sekiranya Ratcliffe mengeluarkan laporannya, “ini akan mencetuskan buah fikiran setiap warga negara yang bersedia untuk melihat kebenaran dan fakta,” kata Powell. 

Paparan Skrin/The Epoch Times

“Kerana tidak pernah ada – kita tidak pernah menyaksikan perkara seperti ini dalam sejarah Amerika Syarikat. Dan ia mesti dihentikan sekarang atau tidak akan ada pilihan raya yang bebas dan adil,” tambah Powell.

Perintah eksekutif itu juga menetapkan bahawa ‘dalam masa 45 hari setelah menerima penilaian dan maklumat’, ketua-ketua Jabatan Kehakiman dan Keselamatan Dalam Negeri dan ‘mana-mana agensi lain yang bersesuaian’ hendaklah menyampaikan laporan penilaian pilihan raya umum Amerika Syarikat.

Laporan itu termasuk ‘sejauh mana campur tangan asing yang menyasarkan infrastruktur pilihan raya secara material mempengaruhi keselamatan atau integriti infrastruktur berkenaan, penjadualan pengundian, atau penghantaran kertas undi dalam pilihan raya yang tepat pada masanya; dan jika terdapat campur tangan asing yang melibatkan aktiviti untuk menyasarkan kepada infrastruktur, atau berkaitan dengannya, organisasi politik, kempen, atau calon, ke atas sejauh mana aktiviti tersebut telah mempengaruhi keselamatan atau integriti infrastruktur berkenaan, termasuk ke atas akses tanpa izin, pendedahan atau ancaman kepada pendedahan, atau diubah atau dipalsukan oleh, maklumat atau data’.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular