Sarang tebuan adalah salah satu ‘rumah berpenghuni’ bagi serangga berbisa yang boleh mengundang bahaya kepada manusia atau haiwan lain di sekitarnya. Dan, untuk menghapuskan sarang tebuan pastinya bukan perkara yang mudah.
Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi moden nampaknya kini semakin berfungsi apabila sekumpulan sukarelawan dari China ubah suai dron yang berupaya untuk membakar sarang tebuan tanpa kehadiran manusia yang berdekatan.
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai “Penyelamat Langit Biru” ini lazimnya terlibat dalam misi mencari dan menyelamat serta beberapa kerja kecemasan yang lain. Tetapi, untuk misi menghapuskan sarang tebuan yang berbahaya ini, mereka bersepakat untuk menggunakan sebuah dron dengan enam sayap bagi membakar sarang tebuan yang berada di atas pokok.
Kumpulan yang berasal dari wilayah Zhong, China ini dilaporkan telah mengumpul dana sehingga kira-kira RM50,000 untuk mengubah suai dron pembakar api bagi misi ini.
Dron pembakar api yang diubahsuai ini lengkap dengan tangki minyak dan penunu yang panjang supaya api dapat disambar ke sarang tebuan dari jarak yang selamat dan seterusnya tidak memudaratkan dron.
Untuk membakar sarang tebuan, pengendali dron hanya perlu memetik butang pada alat kawalan jauh dan dron pembakar api dengan serta-merta akan menyemburkan api ke arah objek yang disasarkan.
Menurut laporan oleh AP News, sehingga hari ini, dron pembakar api ini telahpun berjaya menghapuskan sebanyak 11 buah sarang tebuan dan kumpulan ini bermatlamat untuk menghapuskan sehingga lebih dari 100 buah sarang tebuan yang berada di wilayah Zhong.
Bukan sahaja misi akan berlangsung dengan mudah, malah semua orang yang terlibat juga kekal selamat!
Maybe you're interested :
- Mujur tak ikut muka bapa, 6 ekor anak kucing Maine Coon warisi wajah si ibu. Barulah comel..
- Dakwa Parti Komunis China secara paksa ambil organ komuniti Uighur, aktivis desak siasatan dilakukan
- Penunggang motosikal sanggup mengetepikan keselamatan diri, alihkan kura-kura di tengah jalan demi keselamatannya