Mungkin ramai yang menyangka bahawa ketam hanya tinggal di laut atau di kawasan yang berair. Namun, tidak semua ketam memerlukan habitat seperti itu kerana ada spesies ketam yang boleh hidup di persisiran oantai.
Untuk terus hidup di persisiran, ketam jenis ini hanya perlu menyediakan tempat tinggal yang cukup keperluan makanan dan air. Di ‘rumah’ itulah mereka mendapatkan segala keperluan, perlindungan dari pemangsa serta di situ jugalah mereka boleh meletakkan telur mereka. Namun, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana ketam menyediakan ‘rumah’ mereka?
Berikut adalah apa yang dilakukan ketam untuk membina tempat tinggalnya di tepi pantai. Dengan pasir pantai dia boleh membuat lubangnya sendiri dan apa yang paling menarik dia boleh menyediakan ‘rumah’ nya dengan cepat sekali. Sekelip mata sahaja dia melakukannya, memang pantas!
Si ketam mula menyediakan lubang untuk dijadikan ‘rumahnya’…

Si ketam mula bekerja keras, dengan pantas untuk menutup lubang pasir dengan menggunakan kaki dan ‘cheliped’ yang dimilikinya.

Sekejap sahaja… hampir keseluruhan lubang sudah ditutup…

Lihatlah! Sekarang keseluruhan lubang pasir telah ditutup dengan jayanya. Memang pantas ketam ini bekerja dan kini tiada siapa pun yang tahu bahawa dia sedang bersembunyi di dalamnya!

Betapa cekap dan pantas si ketam ini membina rumahnya:
Maybe you're interested :