Tengah tercari-cari idea memasak resipi lauk yang mudah, lazat dan menyihatkan? Dan dalam peti sejuk itu sudah tersedia isi ayam dan tofu atau tauhu lembut yang baru dibeli beberapa hari lepas?

Apa kata anda mencuba resipi Mapo Tofu Pedas hasil perkongsian Zurina Zulkefli di Facebook.

Rasa tauhu yang lembut dengan kuah pedas manis, sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas.

Zurina Zulkefli/Facebook

Ikuti resipi Mapo Tofu Pedas seperti di bawah:

Bahan-bahan diperlukan:

  • 4 ketul tauhu lembut atau tauhu kotak
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 hirisan halia
  • 2 ketul isi ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Serbuk perasa ayam atau kiub pati ayam
  • Minyak masak
  • Minyak bijan
  • 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Daun bawang
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Potong tauhu menjadi kecil. 

Zurina Zulkefli/Facebook

2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan halia. Kemudian, masukkan isi ayam.

Zurina Zulkefli/Facebook 

3. Masukkan serbuk cili yang dibancuh air, kacau sehingga pecah minyak. Tambahkan 1 cawan setengah air. Perasakan dengan garam, serbuk perasa ayam dan kicap manis. Gaul sehingga mendidih.

Zurina Zulkefli/Facebook

4. Masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. 

Zurina Zulkefli/Facebook

5. Biarkan tauhu masak dan kuah menjadi likat. Seterusnya, taburkan hirisan daun bawang dan titisan minyak bijan.

Zurina Zulkefli/Facebook

Mapo Tofu Pedas sudah tersiap sedia untuk dihidang. Sesuai dimakan bersama nasi putih panas-panas. 

Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular