Wanita dalam sukan bola sepak bukanlah sesuatu yang sering kita dengar, terutamanya di Malaysia. Mungkin segalanya akan berubah selepas itu selepas mendengar kisah pemain bola sepak remaja cemerlang bernama Celine Chuang. 

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini mendedahkan bahawa sejarah baru tercipta apabila seorang remaja perempuan dari Malaysia berjaya menjadi pemain bola sepak wanita pertama yang bermain untuk salah satu kelab bola sepak terbesar di Eropah, Bayern Munich.

Football Association of Malaysia/Facebook

Celine Chuang, berusia 15 tahun mula bermain untuk skuad kedua B-17 wanita FC Bayern Munich sejak bulan Julai yang lalu.

@harimau_abroad/Twitter

Menurut Celine, beliau mula berlatih serius dalam sukan bola sepak kira-kira empat tahun lalu ketika berusia 11 tahun bersama Persatuan Sukan Bintang Biru (PSBB) di Pulau Pinang.

Celine berkata salah satu faktor yang membuatnya jatuh cinta dengan sukan bola sepak adalah kerana beliau harus mempelajari teknik baru dan ia amat menyeronokkan, disamping ia dapat membantunya mengekalkan kesihatan mental yang seimbang ketika menghadapi cabaran.

@FAM_Malaysia/Twitter

Dengan semangat dan keinginan untuk meningkatkan prestasi permainannya, Celine berhijrah ke Phuket, Thailand dan menjalani latihan bersama British Phuket International School (BISP) selama dua tahun.

“Semasa berlatih di Malaysia, saya belajar banyak mengenai asas bola sepak. Namun, di Thailand, latihannya lebih intensif dan mendalam kerana saya berlatih setiap minggu berdasarkan metodologi Cruzeiro,” katanya dalam satu kenyataan yang dikongsi oleh FAM.

@harimau_abroad/Twitter

Bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak profesional dalam Liga Jerman (Bundesliga) dan Piala Dunia, Celine membuat keputusan berani untuk menghadiri sesi pemilihan dengan kelab Bavaria pada Februari lalu.

“Semua usaha saya selama ini tidak sia-sia ketika saya diumumkan di antara 10 pemain baru yang terpilih untuk menyertai skuad kedua B-17 wanita FC Bayern Munich,” katanya.

@harimau_abroad/Twitter

“Bermain dan berlatih bersama FC Wacker Munchen e.V banyak mengajar saya untuk memperbaiki teknik serta mendidik saya untuk menjadi lebih yakin,” tambahnya lagi.

Nama Celine Chuang kini mendapat tempat di kalangan peminat bola sepak Jerman berikutan kejayaannya beraksi cemerlang menjaringkan satu gol untuk pasukan lelaki B-15 Wacker Munchen e.V dan satu lagi gol bersama pasukan wanita kedua B-17 FC Bayern Munich.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI SUKAN

Video Popular