JOHOR BAHRU – Polis akan memburu pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran yang tidak ikut spesifikasi ataupun ‘fancy’ bermula 15 Disember.

Usaha itu walau bagaimanapun dimulakan dalam kalangan pengawai dan anggotanya di negeri terbabit dahulu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur sungguhpun dengan pegawai, anggota polis serta agensi penguatkuasa yang lain.

“Kita akan mulakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dulu. Kita bercakap soal masyarakat tetapi ada antara pegawai dan anggota polis yang tidak ikut peraturan.

Twitter

Tambah beliau, sebanyak 9,985 saman telah dikeluarkan semenjak Januari lalu berhubung dengan kesalahan penggunaan nombor plat kenderaan yang ‘fancy’.

Apabila ditanya mengenai alasan penggunaan sedemikian, pengguna mengatakan mereka mahukan keunikan dan stail yang berbeza dengan pengguna lain, selain mahu menunjuk status mereka.

Operasi tersebut berlangsung hingga 31 Disember kelak dan pihak polis akan menjalankan Ops Khas bagi kesalahan lampu isyarat dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi.

Twitter

Menurut beliau lagi, ia termasuklah mengubah plat kenderaan (huruf dan nombor) termasuklah dengan cara merapatkan atau menjarakkan sehingga ia menimbulkan kekeliruan dan sukar dibaca.

Pemilik kenderaan yang didapati menggunakan nombor pendaftaran sebegini boleh dikenakan tindakan Seksyen 14(4) dan Seksyen 108 (3) (F) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Rule 6 (1) LN173/69.

“Kesannya, apabila penguatkuasa laju, kes langgar lari dan pembabitan dalam kes jenayah yang memerlukan pengecaman plat kenderaan tidak dapat dilakukan”.

Hal ini mengakibatkan pesalah akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular