Johor Bahru- Pihak polis kini sedang memburu seorang lelaki yang mencuri beg tangan seorang jemaah wanita ketika mangsa sedang menunaikan solat Maghrib di Masjid Wadi Hassan, Kampung Wadi Hassan.

Info Roadblock JPJ/POLIS

Jenayah yang berlaku itu telah berjaya dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup dan rakaman tersebut telah mula tular di media sosial mulai Ahad, 13 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain dalam satu kenyataannya kepada Harian Metro melaporkan bahawa siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan pihak polis masih lagi mengenal pasti dan menjejaki suspek.

Info Roadblock JPJ/POLIS

Menerusi rakaman tersebut yang berlaku pada jam 7.13 malam, lelaki yang memakai baju berwarna kuning berkenaan didapati masuk ke ruang solat jemaah wanita dan melarikan sebuah beg tangan ketika jemaah sedang sujud.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular