Dengan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan sejak pandemik mula menular di seluruh dunia, tidak dapat dinafikan semakin ramai individu yang terpaksa melakukan perlbagai cara untuk menyara kehidupan masing-masing.

Dan ada antaranya juga terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak pernah difikirkan pun sebelum ini.

Seorang lelaki baru-baru ini telah menangkap perhatian ramai warganet apabila sebuah kiriman oleh Oh! Media di laman Facebook yang menunjukkan bagaimana seorang bapa berusaha sehabis mungkin untuk membawa pulang rezeki kepada keluarganya.

“Turun dari membeli burger, terlihat abang ini yang sedang menjual belon dengan berpakaian Spiderman,” tulis kiriman itu yang dikarang oleh pemilik asal gambar, Eaeny Mohd.

Menerusi kiriman itu, didapati bahawa lelaki yang berpakaian lengkap watak adiwira itu dilihat berdiri di kaki jalan sambil memegang belon yang telah dibentukkan. Bersebelahan dengannya juga ada sebuah kotak yang dipenuhi dengan lebih banyak belon yang sudah siap dibentukkan bagi tujuan jualan.

Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian warganet di ruangan komen, lelaki ini juga tidak meletakkan harga tetap bagi setiap jualan belonnya itu. Sebaliknya, harga yang diletakkan adalah bergantung kepada keikhlasan pelanggan yang sudi membeli daripadanya.

Memang sayu sungguh melihat usaha lelaki ini untuk mencari rezeki.

Berdasarkan komen, lelaki ini lazimnya berada di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kelantan. Lokasinya adalah berdekatan dengan restoran makanan segera McDonald’s dan Pantai Timur Hypermart.

Diharapkan agar abang yang berusaha mencari rezeki untuk keluarganya ini akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dikuatkan semangat untuk terus berusaha. Semoga maju jaya diucapkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular