Kos sara hidup yang semakin tinggi dari tahun ke tahun sememangnya memberi impak kepada semua individu di negara ini. Dengan peningkatan ini, tidak hairanlah apabila ada antara kita yang berusaha untuk meminimumkan perbelanjaan sebaik mungkin agar wang yang diperolehi adalah cukup seimbang dengan perbelanjaan bulanan.

Gambar hiasan. (Unsplash)

Baru-baru ini, laman Facebook Cucicuci ada memuatnaik sebuah kiriman yang memberi idea dan gambaran kepada orang ramai tentang cara yang boleh dilakukan untuk tidak berlapar pada setiap hari, tetapi dalam masa yang sama dapat mengurangkan perbelanjaan makanan kepada RM100 setiap bulan.

Dan, idea yang dikemukakan sebenarnya adalah tidak mustahil untuk dilakukan! Begini caranya:

Sarapan pagi

Untuk sarapan pagi, kos yang dihitung adalah lebih kurang RM0.60 setiap hari, yang bermaksud untuk satu bulan, jumlah kosnya adalah sebanyak RM19.20 sahaja.

Cucicuci/Facebook

Cadangan menu sarapan pagi yang dikemukakan adalah:

  • 2 sudu besar serbuk Milo – anggaran harga RM0.34
  • 4 keping biskut krim – anggaran harga RM0.30

Makan tengah hari

Bagi menu makan tengah hari pula, kos yang dicadangkan adalah kira-kira RM25.20 hingga RM43.20, mengikut pilihan menu yang anda mahukan.

Cucicuci/Facebook

Untuk pilihan menu makan tengah hari, anda boleh memilih untuk memakan sayur kobis, kacang panjang, kangkong atau dada ayam yang dimakan bersama dengan sebutir telur ayam dan semangkuk nasi putih.

Walau bagaimanapun, harga bagi setiap bahan hidangan yang dinyatakan ini adalah berlainan antara satu sama lain. Berikut adalah anggaran harga bagi setiap bahan yang dinyatakan:

  • ¼ keping kobis – anggaran harga RM0.83
  • 100 gram kacang panjang – anggaran harga RM0.46
  • 100 gram kangkong – anggaran harga RM0.40
  • 100 gram dada ayam – anggaran harga RM1.00
  • 1 butir telur ayam – anggaran harga RM0.30
  • 40 gram nasi putih – anggaran harga RM0.14

Makan malam

Untuk menu makan malam pula, kos yang dicadangkan oleh laman ini adalah sebanyak RM1.225 untuk sehari.

Cucicuci/Facebook

Menunya adalah:

  • 2 biji pau mantao kosong – anggaran harga RM1.20
  • Segelas air kosong – RM0.00

Jadi, untuk ketiga-tiga cadangan menu ini, dalam tempoh satu bulan, anda hanya akan membelanjakan sebanyak RM19.20 untuk sarapan pagi, RM25.20 hingga RM43.20 untuk makan tengah hari dan RM36.75 sahaja untuk makan malam. Maka, dengan cadangan perbelanjaan ini, anda hanya akan membelanjakan sebanyak RM 99.15 sahaja setiap bulan!

Menarik!

Walau bagaimanapun, ramai warganet yang singgah di kiriman ini menyatakan bahawa cadangan menu yang dinyatakan ini adalah tidak ada bezanya dengan cadangan menu untuk program penurunan berat badan. Ada logiknya juga ya!

Cucicuci/Facebook

Apa-apapun, yang sebaiknya adalah untuk kita sentiasa cuba untuk mengawal perbelanjaan kita agar bersesuaian dengan kemampuan kita. Tidak kiralah dari segi perbelanjaan makanan mahupun kemahuan diri. “Ukurlah baju di badan sendiri.”

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular