Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2020 tidak seperti sebelumnya dan memerlukan langkah atau duluan yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk melindunginya, demi masa depan negara republik itu.

Skala dan tahap penipuan pengundi tidak pernah terjadi seperti sebelumnya. Di negeri-negeri yang mempunyai jumlah sokongan parti yang sama, Presiden Donald Trump melihat petunjuk besar kemenangan pada malam pilihan raya.

Kemudian, pengiraan undi larut malam dihentikan, sementara pemerhati pilihan raya dibawa keluar. Dan kemudian, berlaku pembuangan undi yang besar dan agak mustahil untuk dipercayai secara statistik, yang menyaksikan Joe Biden mendahului. 

Andrew Caballero-Reynolds/AFP/Getty Images

Pola ini, hanya berlaku di negeri-negeri di mana Joe Biden mampu menukar atau menyongsangkan keputusannya, dan ia tidak pernah terjadi dalam pilihan raya sebelum ini, yang menunjukkan usaha yang dikoordinasi untuk mencuri pilihan raya.

Usaha ini mungkin melibatkan manipulasi sistem pengundian oleh Dominion Voting Systems. Menurut audit forensik ke atas mesin dan perisiannya di Michigan, “Dominion Voting Systems telah dirancang dengan niat yang disengajakan dan ia bertujuan direka dengan kesalahan yang tersembunyi untuk menjadikan penipuan itu lebih sistemik dan mempengaruhi keputusan pilihan raya.”

Di samping itu, pelbagai bentuk pengambilan undi dan penyelewengan pilihan raya telah dibuktikan dalam beribu afidavit yang difailkan.

Terdapat laporan, yang memerlukan pengesahan tentang terdapat campur tangan pengaruh asing yang membantu melemahkan sistem pilihan raya Amerika Syarikat.

Presiden Trump merujuk sistem pilihan raya negara Amerika Syarikat berada di bawah “serangan dan kepungan yang dikoordinasi.”

Kesannya, pembentukan kerajaan negara itu kini berisiko. Sekiranya pilihan raya dapat dimenangi dengan cara yang tidak jujur ​​seperti yang telah digunakan dalam pilihan raya 2020, maka seseorang yang lain akan dapat menjangkakan pilihan raya yang berikutnya akan berkemungkinan dimenangi dengan cara yang sama. Rakyat Amerika Syarikat akan kehilangan hak untuk memilih.

Sekiranya terdapat usaha yang dikoordinasi untuk mencuri pilihan raya, kelakuan tersebut akan dikira tergolong kepada tindakan subversif.

Tambahan kepada itu, sekiranya Amerika Syarikat menguatkuasakan pentadbiran negara berasaskan satu parti, maka perubahan undang-undang akan mengubah sistem negara itu secara asas.

Demokrat telah menyuarakan untuk menamatkan Electoral College, dengan memastikan bahawa bandar-bandar besar yang didominasi Demokrat akan memilih presiden; dan memenuhi Mahkamah Agung, dalam memastikan bahawa hakim yang dilantik oleh Demokrat mempunyai majoriti.

Gambar Hiasan / Unsplash

Tetapi sama seriusnya dengan ancaman tersebut terhadap negara republik ini, mereka tidak sampai ke inti pati daripada apa yang dipertaruhkan.

Pada dasar di peringkat akar umbi, bahaya semasa bukan mengenai sama ada Biden atau Trump yang memenangi pilihan raya presiden. Ini bukan soal parti Demokrat atau Republikan.

Amerika Syarikat kini sedang berhadapan dengan kuasa kejahatan yang ingin memusnahkan negara itu yang mana sebenarnya akan memusnahkan semua perkara baik dalam sifat kemanusiaan.

Pilihan raya ini adalah kemuncak pertempuran antara kebebasan dan komunisme, pertarungan antara kebaikan dan kejahatan.

Dengan kejatuhan rejim komunis ketika era Kesatuan Soviet dan Eropah timur, masyarakat global yang berada di Amerika Syarikat serta di seluruh dunia nampaknya mampu bernafas lega dan bertenang dengan memikirkan ancaman komunis telah berakhir. Tetapi komunisme tidak pernah tidur. Globalisasi mengukuhkannya dan melemahkan Amerika Syarikat.

Baik dan jahat tidak boleh berkompromi. Mereka bagai api dan ais. Menyerah kepada kejahatan hanya mendorongnya menjadi lebih kuat. Kemenangan komunisme dalam pilihan raya Amerika Syarikat akan mengakibatkan kekalahan kepada hak kebebasan di mana sahaja. Kemanusiaan akan menjunam ke dalam malam yang gelap dan panjang.

Pada 5 Disember di Georgia, Trump memberi amaran kepada mereka yang ingin mencuri pilihan raya, “Orang-orang ini ingin melangkah lebih jauh daripada sosialisme, mereka ingin membentuk pemerintahan bercorak komunisme, dan saya tidak ragu-ragu mengenainya.”

Bagaimana Amerika Syarikat akan dibela? Pegawai tempatan sering menjadi mereka yang paling terlibat dalam penyelewengan pilihan raya. Ekoran doktrin pengasingan kuasa, hakim selalunya enggan untuk memberitahu negeri tentang bagaimana negeri sepatutnya menjalankan pilihan raya. Kongres Amerika Syarikat tidak mempunyai peranan melainkan Electoral College gagal mengumumkan pemenang.

Nasib Trump adalah untuk mengisi pelanggaran undang-undang tersebut. Beliau telah bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat, dan beliau mempunyai kuasa presiden untuk mengambil tindakan.

Gambar Hiasan / Unsplash

Trump harus menggunakan kuasa-kuasa berkenaan sebagai Presiden untuk melindungi masa depan negara republik itu dan menahan mereka yang telah berkonspirasi untuk mencabut hak rakyat yang telah memilih melalui penipuan pilihan raya.

Melalui Insurrection Act, ia membolehkan Trump menggunakan kuasa ketenteraan untuk merampas bukti elektoral utama di negeri-negeri yang dipertikaikan dan menyerahkan pengiraan undi yang telus dan tepat.

Ketika sistem negara Amerika Syarikat berada dalam krisis, Trump akan bertindak untuk memulihkan kedaulatan undang-undang.

Dengan membuka buku, kejujuran akan dapat mengalahkan penipuan. Hasrat majoriti rakyat akan direalisasikan, dan kemenangan yang dicari oleh komunisme akan ditewaskan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular