Kucing adalah salah satu haiwan yang tidak boleh bertahan lama dalam cuaca yang terlalu sejuk. Mereka lazimnya akan berusaha untuk mencari tempat yang cukup hangat dan selesa untuk mereka mendiamkan diri.

Disebabkan oleh fakta ini, para pemelihara kucing yang tinggal di negara sejuk atau negara empat musim lazimnya akan menyediakan alat pemanas ataupun unggun api yang boleh menghangatkan kucing-kucing yang dipelihara.

Gambar hiasan. Unsplash

Mr. Haru Tanaka, yang tinggal di Jepun adalah salah seorang daripadanya yang ada memelihara empat ekor kucing yang diselamatkan dari jalanan. Walau bagaimanapun, satu ‘insiden’ yang berlaku kepada salah seekor kucing milik Mr. Haru ini sememangnya mengundang ketawa ramai yang menyaksikannya.

Semuanya bermula apabila Mr. Haru baru membeli alat pemanas untuk memberi kehangatan kepada empat ekor kucing kesayangannya di rumah ketika musim sejuk melanda negara tersebut.

Sebaik sahaja Mr. Haru membawa pulang dan memasang alat itu, dia mendapati bahawa kesemua kucingnya memang benar-benar suka dengan pembeliannya itu kerana mereka semuanya hanya duduk ‘bertapa’ di hadapan alat pemanas itu untuk tempoh masa yang agak lama.

Disebabkan cuaca yang sejuk pada hari berkenaan, Mr. Haru telah memutuskan untuk meletakkan suhu yang paling panas pada alat pemanas itu agar kesemua kucing peliharaannya benar-benar selesa dan dapat menikmati kehangatan yang dimahukan.

Tetapi, tanpa disangka-sangka, Mr. Haru kemudiannya mendapati bahawa salah seekor daripada kucingnya telah mengalami ‘kebakaran’ di bahagian wajahnya.

Misai kucing itu telah terbakar, dan sebahagian daripada bulu berwarna putih di wajahnya telah bertukar kelabu menandakan bahawa bulu di wajahnya itu juga turut sama terbakar dek suhu yang terlalu panas!

Lucu betul! Lihatlah muka tidak bersalah yang ditunjukkan oleh kucing Mr. Haru ini!

Melihat kesan yang ditinggalkan di wajah kucingnya itu, Mr. Haru tidak pasti bahawa dia perlu terhibur atau bersimpati dengan nasib malang kucing kesayangannya itu. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa wajah kasihan kucing ini memang menghiburkan!

Walau bagaimanapun, selepas insiden itu, Mr. Haru semakin berhati-hati. Setiap kali mahu memasang alat pemanas itu, Mr. Haru tidak lagi membuka suhu yang paling maksimum agar keselamatan kucing-kucingnya kekal terjaga.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular