Sebuah kediaman berwarna putih di kepulauan Ellidaey atau Elliðaey atau Ellirey di pantai selatan Iceland dikatakan sebagai rumah paling sunyi di dunia.

Oddity Central melaporkan, ini memandangkan kedudukannya yang terletak di tengah bukit di sebuah pulau yang dikelilingi lautan dan merupakan satu-satunya rumah yang berada di situ.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ChrisBurkard (@chrisburkard)

Rumah itu dikatakan tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an sehingga menimbulkan pelbagai khabar angin dengan pelbagai teori dan spekulasi dikaitkan dengannya selepas tersebarnya gambar kediaman berkenaan di Internet.

Antara dakwaan itu termasuklah kisah dongeng kononnya rumah itu dibina oleh seorang usahawan eksentrik sebagai tempat perlindungan zombie selain desas desus mengatakan ia dimiliki oleh seorang fanatik agama.

complex/Instagram

Yang menjadikan kisah rumah ini lebih sensasi ialah apabila penyanyi pop sensasi dan superstar terkenal kelahiran Iceland, Björk dikhabarkan pernah memiliki tempat percutian itu pada satu ketika dahulu.

Björk juga dikatakan pernah berunding dengan pihak berkuasa untuk membeli pulau terpencil berkenaan.

Hakikatnya, kediaman tunggal itu hanyalah sebuah pondok persinggahan berburu yang dibina pada tahun 1950 oleh Persatuan Pemburuan Ellidaey.

Rumah itu menjadi tempat persinggahan ahlinya ketika mereka datang memburu puffin iaitu sejenis burung laut di pulau berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Eropah GLOBAL

Video Popular