Antoine Griezmann yang merupakan pemenang Piala Dunia dari Barcelona menerusi kiriman di laman rasmi Instagramnya memaklumkan bahawa beliau telah menamatkan perjanjian komersil bersama syarikat telekomunikasi gergasi dari China, Huawei, berikutan laporan bahawa syarikat berkenaan terbabit dalam pengawasan terhadap komuniti minoriti Muslim Uighur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Antoine Griezmann (@antogriezmann)

Menerusi kiriman yang dimuatnaik, pemain dari Perancis itu berkata bahawa beliau mengambil keputusan berkenaan selepas “curiga yang kuat bahawa Huawei menyumbang terhadap pembangunan ‘Uighurs alert’ menerusi penggunaan perisian pengecaman muka.”

Di samping itu, Griezmann turut meminta Huawei supaya mengambil langkah konkrit secepat mungkin untuk mengutuk penindasan besar-besaran ini dan tidak hanya menafikan tuduhan yang didakwa. Menurut Griezmann juga, Huawei seharusnya menggunakan pengaruh besar yang dimiliki untuk menyumbang kepada menghormati hak kemanusiaan.

Laporan dari IPVM yang merupakan firma kajian pengawasan berpangkalan di Amerika Syarikat pada 11 Disember 2020 mendakwa bahawa Huawei terbabit dalam ujian perisan pengecaman wajah di China yang akan menghantar laporan segera kepada pihak polis apabila wajah minoriti Uighur dikenal pasti.

Huawei bagaimanapun telah menafikan dakwaan berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular