Kehadiran haiwan peliharaan seperti kucing misalnya sudah pasti membawa kegembiraan dan keceriaan dalam hidup kita.
Majoriti daripada para pencinta kucing pula lazimnya melayani kucing kesayangan sama seperti melayan bayi. Ya, merekalah ‘bayi’ kita, bukan?
Mungkin kita pernah lihat kucing menghisap botol susu sebelum ini namun lain pula halnya dengan apa yang ingin kami kongsikan ini.

Rumah pemilik kucing ini dilaporkan mempunyai banyak barangan bayi termasuklah ‘walker‘ bayi dan ia nampaknya digunakan oleh kucing jingga kesayangannya di rumah!
Mungkin kucing berkenaan mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan tertarik dengan walker berkenaan lalu menganggap walker tersebut adalah miliknya.
Sebiji macam bayi..

Lebih mengagumkan, kucing belaan individu berkenaan juga pandai duduk pada walker itu sendiri tanpa dibantu oleh tuannya.
Ia disedari oleh pemiliknya apabila dia pada ketika itu mencari kucingnya di dalam rumah.
Puas tuannya mencari di ruang tamu, rupa-rupanya kucingnya itu sedang duduk pada walker tersebut di dalam bilik.

Kucing itu juga tidak segera bangun malah menghabiskan masanya dengan bermain permainan yang terdapat pada meja walker terbabit.
Nampaknya kucing comel berkenaan selesa duduk pada walker tersebut, walaupun kakinya langsung tidak dapat mencecah lantai!
Inilah bukti bahawa kucing juga merupakan ‘bayi’ kita yang manja sebenarnya.
Maybe you're interested :
- “Tidak semua orang duduk di rumah mewah,” Pemuda ini dedah mengapa ramai yang tidak bersetuju PKP 2.0 dilaksana
- Caltex Bachang ambil seorang gelandangan bekerja, dapatkan bilik sewa sambil mohon sumbangan sementara untuk membantunya membayar sewa
- Bukti-bukti kekejaman Parti Komunis China dan kaedah seksaan yang dilakukan ke atas tahanan