Presiden Donald Trump bertindak balas di atas keputusan Mahkamah Agung yang menolak untuk mendengar kes yang difailkan oleh Texas terhadap empat negeri pertarungan utama, dengan berkata mahkamah tinggi tidak berminat atau berkeinginan untuk mendengar dakwaan penipuan Pilihan Raya Presiden 3 November.

“Mahkamah Agung memiliki minat SIFAR terhadap semua merit daripada penipuan pengundi terbesar yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat,” tulis Trump di Twitter, dengan mendakwa bahawa hakim Mahkamah Agong hanya memerhatikan isu berkaitan prosedur yang dibangkitkan dalam kes, dan bukannya tuntutan penipuan itu sendiri.

“Apa yang mereka pentingkan adalah ‘pihak yang membawa tuntutan’ yang menyukarkan Presiden untuk membentangkan kes dengan merit 75,000,000 undi! ” tulis Trump.

Presiden Donald Trump. (Doug Mills-Pool/Getty Images)

Hakim Samuel Alito dan Hakim Clarence Thomas menawarkan untuk mengemukakan bantahan di atas keputusan Mahkamah Agung tetapi mereka berkata ia juga bermungkinan tidak akan dapat menawarkan kes yang baik, di samping turut mengatakan bahawa Mahkamah Agung berkewajiban untuk mendengar pertikaian yang dikemukakan antara negeri-negeri.

Berikutan keputusan Mahkamah Agung yang menolak untuk mendengar kes itu, Trump menulis, tanpa menjelaskan, bahawa “KAMI BAHARU SAHAJA MEMULAKAN PERTARUNGAN!”.

Keputusan Mahkamah Agung itu dibuat setelah Trump dan barisan peguamnya memfailkan permohonan tuntutan undang-undang bagi mencabar keputusan pilihan raya yang memihak kepada calon presiden Joe Biden di empat negeri. Kes Texas yang mencabar keputusan pilihan raya di Pennsylvania, Georgia, Michigan, dan Wisconsin tidak didasarkan kepada tuduhan penipuan pilihan raya tetapi berkaitan dengan perubahan pada saat-saat akhir terhadap integriti pengundian yang dilonggarkan di empat negeri tersebut.

Pada pagi 13 Disember, Profesor Emeritus Alan Dershowitz dari Sekolah Undang-Undang Universiti Harvard berkata keputusan Mahkamah Agung itu menunjukkan bahawa Trump dan sekutunya ‘tidak lagi boleh bergantung kepada badan kehakiman’.

Mahkamah Agong Amerika Syarikat di Washington (Gambar oleh Al Drago/Getty Images)

“Tiga hakim yang dilantik oleh Presiden Trump, tiga hakimnya, memilih untuk tidak mendengar kes itu,” kata Profesor Dershowitz kepada WABC 770 AM, lapor The Hill

Tambah Profesor Dershowitz, “Saya rasa ini adalah pesanan untuk Trump dan pasukannya bahawa anda tidak boleh bergantung kepada badan kehakiman, anda tidak boleh bergantung kepada mahkamah.” Beliau merujuk kepada Hakim Neil Gorsuch, Hakim Brett Kavanaugh, dan Hakim Amy Coney Barrett, yang kesemuanya memilih untuk menolak pendengaran kes Texas.

Mahkamah Agong pada 11 Disember lalu mendapati bahawa tuntutan Texas yang difailkan oleh Peguam Negara Ken Paxton, gagal menunjukkan kepentingan ‘secara perundangan’ yang sepatutnya tentang bagaimana negeri-negeri lain iaitu Georgia, Michigan, Wisconsin, dan Pennsylvania perlu mengendalikan pilihan raya. 

Tuntutan Ken Paxton dalam hujahnya berpendapat empat negeri melakukan perubahan saat akhir ke atas undang-undang pengundian, yang merosakkan integriti pilihan raya umum.

Peguam peribadi Trump, Rudy Giuliani memberitahu Newsmax pada hujung minggu bahawa pertarungan undang-undang mereka masih belum berakhir.

“Perjuangan kami masih belum selesai. Percayakan kami,” katanya.

Pada masa sama, Presiden Trump bersumpah bahawa kempennya akan ‘terus maju ke hadapan’ dengan memfailkan tuntutan undang-undang untuk mencabar keputusan Pilihan Raya Presiden.

Presiden Donald Trump ( Andrew Caballero-Reynolds/AFP/Getty Images )

“Tidak, ia belum berakhir. Kami akan terus bergerak menuju ke hadapan. Kami mempunyai beberapa kes tempatan yang lain,” katanya ketika mengulas keputusan Mahkamah Agong yang menolak untuk mendengar kes yang difailkan negeri Texas menentang Michigan, Georgia, Pennsylvania dan Wisconsin.

“Kami akan mempercepatkan proses ini sebaik mungkin, tetapi anda hanya boleh pergi sepantas mungkin. Mereka memberi kami masa yang singkat. Tetapi kami akan menangkap mereka, seperti yang anda tahu, penipuan, peti undi dan undi meragukan, mereka melakukan banyak perkara, tiada siapa pun yang boleh mempercayainya.”

Trump merujuk undi elektoral kojej pada 14 Disember, satu lagi langkah dalam proses pemilihan Presiden Amerika Syarikat untuk memuktamadkan kemenangan sama ada antara Trump atau Biden. The Epoch Times tidak mengisytiharkan kemenangan Demokrat sehingga cabaran undang-undang dan pertikaian berbangkit berkaitan pilihan raya dikira selesai.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular