Aktiviti perniagaan secara dalam talian semakin rancak terutamanya tatkala negara masih lagi berhadapan dengan kenaikan kes COVID-19 ketika ini.

Namun aktiviti jualan dalam talian bukanlah semudah yang disangka kerana para peniaga pula perlu bersaing dengan para penjual yang lain.

Sebagai contoh, jualan pakaian terpakai seperti apa yang dilakukan oleh pemuda bernama Niyyar Bakri ini.

Azarinah Binti Awang/Facebook

Niyyar difahamkan berniaga secara langsung atau ‘live’ di laman Facebook setiap malam hinggalah pada suatu hari dia beroleh ‘rezeki terpijak’.

Menerusi perkongsian rakannya, Azarinah binti Awang di Facebook, Niyyar difahamkan berjaya menjual semua barangannya dengan harga mencecah RM3,000.

“Selama dia berniaga, tidak pernah dia jual barangan berharga RM3,000. Barang itu dia simpan dan kumpul sudah lama, akhirnya subuh tadi terjual”.

Azarinah Binti Awang/Facebook

Oleh kerana terharu, Niyyar tidak dapat menahan air mata gembiranya di hadapan para pengikut di Facebook ketika berjualan secara langsung.

Mungkin kerana netizen telah berjaya membuatnya gembira. “Semoga Niyyar dimurahkan rezeki, dilindungi oleh-Nya. Kuatkan semangat, tabahkan hati”, tulis Azarinah.

“Semua orang sayang sama kamu Niyyar. Berusaha saja selagi mampu, jangan pernah dongakkan diri bila sudah terbiasa hidup mewah kelak. Sentiasa bersyukur dalam setiap rezeki yang kau dapat”.

Azarinah Binti Awang/Facebook

Benar, berniaga bukanlah satu aktiviti yang mudah untuk dilakukan, apatah lagi jika ia berlangsung secara dalam talian.

Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan semangat kepada para peniaga di luar sana untuk kekal tabah sepanjang menjalankan apa-apa perniagaan hendaknya.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular