Pasti anda pernah mendengar tentang penyewa yang tidak berhati perut melarikan diri tanpa membayar sewa selama beberapa bulan. Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka yang sengaja membiarkan rumah dalam keadaan porak peranda dan tidak terurus. Dalam keadaan seperti ini semestinya tuan rumah lah yang menjadi mangsa dan terpaksa berhadapan dengan keadaan seperti itu.

Kejadian yang sama menimpa seorang pemilik rumah apabila penyewanya melarikan diri tanpa membayar sewa selama empat bulan. Rumah tersebut sebenarnya telah disewakan kepada penyewa tersebut selama 20 tahun lamanya namun sejak empat bulan kebelakangan ini penyewa tidak menjelaskan bayaran sewa seperti biasa. Mereka juga tidak dapat dihubungi.

Apabila pemilik rumah kemudian pergi ke rumah tersebut dan ternyata rumahnya telah kosong. Apabila ditanya kepada seorang pemilik kedai runcit berhampiran dengan rumahnya, dia memberitahu bahawa penyewa tersebut sudah beberapa bulan meninggalkan rumah itu.

Apa yang lebih tidak masuk akal, rumah yang ditinggalkan juga dipenuhi dengan sampah dan keadaan rumah kelihatan snagat kotor. Dinding dan siling rumah kelihatan berbintik-bintik kotor dan sudah tertanggal catnya. Lantai rumah juga sangat kotor dan berhabuk. Sekali lihat, sepertinya rumah tersebut sudah bertahun tidak berpenghuni.

Di luar rumah pula, semak samun mulai meninggi dan terdapat longgokan pelbagai barang lama yang tidak digunakan dibiarkan begitu sahaja.

Penyewa tersebut merupakan pasangan tua mempunyai seorang anak lelaki. Pemilik rumah tersebut juga memberitahu bahawa dia tidak pernah mendesak penyewa untuk membayar sewa, dan dia tidak pernah mengganggu kehidupan mereka. Memandangkan mereka telah menyewa selama 20 tahun jadi dia langung tidak meragukan apa-apa yang tidak kena dengan penyewa tersebut.

Melihat keadaan rumahnya yang teruk seperti itu, pemilik rumah akhirnya memutuskan untuk menyusun atur dan mengubah suai rumahnya semula. Usaha-usaha untuk pengubahsuaian mula dilakukan dan hasilnya memang sangat mengagumkan!

Sekarang cuba bandingkan keadaan rumah sebelum dan selepas diubah suai. Semestinya terdapat perbezaan yang sangat ketara! Bukan mudah untuk melaksanakan semua kerja-kerja itu dan pasti wang yang dibelanjakan juga bukan sedikit. Namun, pemilik rumah ini nampaknya sangat sabar dalam mengubah suai rumah. Bayangkan setelah ditinggalkan begitu sahaja dia tetap nekad untuk mengubah suasana rumah. Nampaknya usahanya memang berbaloi!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular