Tentera bersara, Leftenan (Lt) Jeneral Michael Flynn, iaitu bekas pengarah perisik nasional, mengatakan Amerika Syarikat (AS) sedang berada di tengah-tengah pertempuran ‘Good vs. Evil’.

“Pertempuran yang kita harungi ini tidak dapat dilawan menerusi senjata manusia. Ia memerlukan campur tangan Tuhan kerana dalam perang melawan kekuatan jahat, hanya Tuhan yang dapat memperoleh kemenangan”, tulis Flynn dalam sebuah edisi yang diterbitkan pada 10 Disember.

“Dan sebagai warganegara Amerika, kita mesti menolak untuk menghampiri kepada ‘pengebumian kemerdekaan’ kita sendiri”.

Tambah Flynn, rakyat AS dengan bangga menyatakan bahawa negara tersebut adalah ‘Satu Bangsa di bawah Tuhan’.

Flynn, yang merupakan penasihat keselamatan nasional Presiden Donald Trump, merupakan penyokong Trump yang turut menekankan mengenai penipuan pilihan raya.

“Kita tidak mahu dunia yang diperintah oleh kezaliman yang tidak dipilih dan ingin memiliki kuasa untuk menghancurkan kita,” tulis Flynn dalam artikelnya.

“Kita memahami apa rancangan mereka, iaitu untuk menghapuskan perbezaan pendapat, menundukkan kritikan dan melarang mereka yang tidak tunduk kepada kediktatoran ‘peraturan dunia baru”.

Flynn juga berucap semasa perhimpunan “Stop the Steal” yang diadakan baru-baru ini di Washington.

Menurutnya, pihak zalim yang dimaksudkannya itu tidak akan teragak-agak untuk menggunakan penipuan, pengkhianatan, sumpah bohong dan penapisan jika tidak berjaya ‘memujuk’ orang ramai menerusi media arus perdana.

Bekas Penasihat Keselamatan Nasional Presiden Donald Trump, Michael Flynn meninggalkan Mahkamah Tinggi E. Barrett Prettyman di Washington pada 24 Jun 2019. (Alex Wroblewski/Getty Images)

“Jangan kita lupa bahawa jenayah yang mereka telah lakukan, telah melanggar undang-undang kita, mengkhianati bangsa dan sumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan negara kita”.

Tambah Flynn, rakyat AS seharusnya berdoa sekarang agar kebenaran akan terungkap bersama dengan ‘era baru patriotisme Amerika’.

“Jika hari ini kita tidak mendapat keadilan daripada pegawai yang kita pilih dan tidak tahu untuk memilih antara mempertahankan undang-undang dan mengesahkan rampasan kuasa terhadap rakyat, negara kita akan ‘bebas’ daripada tugasnya terhadap orang Amerika dan peranan antarabangsa”.

Beberapa hari kemudian Hakim Daerah, Emmet Sullivan yang dilantik Clinton mengatakan bahawa kes terhadap Flynn telah dibatal. Sullivan menulis bahawa bantahan itu dilakukan kerana pengampunan Trump, bukan disebabkan oleh usul Jabatan Kehakiman pada awal tahun 2020 setelah pendedahan dibuat mengenai kes Flynn yang dikendalikan oleh agen penguatkuasaan undang-undang persekutuan.

Trump pada 25 November memberi pengampunan kepada Flynn kerana “beliau seharusnya tidak didakwa”. kata setiausaha akhbar White House, Kayleigh McEnany.

Speaker Dewan Negara, Nancy Pelosi pada bulan lalu menyebut pengampunan Trump “sebagai tindakan rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” sambil mengatakan, “Trump sekali lagi menggunakan kuasa pengampunan untuk melindungi mereka yang berbohong untuk menutup kesalahannya , seperti ketika beliau mengubah hukuman penasihat kempen, Roger Stone”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular