Beberapa aplikasi yang dimiliki oleh Google dilaporkan mengalami masalah yang mengakibatkan puluhan ribu pengguna di seluruh dunia terganggu.

Ini termasuklah Gmail, Google Drive, Google Sheets dan YouTube, di samping enjin carian utamanya.

Laman web pengesan gangguan, DownDetecter mencatatkan puluhan ribu pengguna telah melaporkan masalah pada laman web berikut sekitar jam 8:00 malam waktu Malaysia.

Kebanyakan masalah dilaporkan berlaku di kawasan Eropah, Australia, di kawasan Pantai Timur Amerika Syarikat, sebahagian kawasan Afrika, Amerika Selatan dan Asia.

Google merupakan antara laman web yang popular dan banyak digunakan di dunia, selain laman YouTube sering dikunjungi lebih daripada 2 bilion individu setiap bulan.

Google

Situasi sebegini jarang dialami oleh Google, tidak seperti masalah yang sering berlaku pada laman firma teknologi yang lain, misalnya Facebook.

Dilaporkan bahawa terdapat lebih 50,000 aduan berkenaan dengan masalah untuk laman YouTube sahaja sekitar jam 8.00 malam tadi.

Aduan tersebut meliputi 49% masalah berkaitan dengan laman web manakala 43% lagi berkaitan dengan masalah untuk menonton video.

Laman web lain yang turut sama terjejas termasuklah Google Meet, Hangouts dan Play Store serta permainan Pokemon Go, yang dihasilkan oleh Niantic, syarikat milik Google yang lain.

Walau bagaimanapun, masalah yang timbul ini tidak bersifat seragam kerana terdapat juga pengguna yang tidak mengalami sebarang masalah.

Dalam pada itu, ujian pantas di pejabat MailOnline di London mendedahkan bahawa Google Sheets, Gmail dan YouTube berada dalam keadaan ‘offline’.

Di Malaysia, rata-rata pengguna difahamkan mengalami masalah untuk mengakses akaun mereka lebih kurang dalam tempoh 30 minit dan kini semua aplikasi itu dapat diakses seperti sedia kala.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular