Para penyelidik Australia pada Jun lalu berjaya merakamkan satu pemandangan menakjubkan – kira 64,000 ekor penyu hijau yang bermigrasi di Great Barrier Reef, Australia ketika musim untuk bersarang.

Paparan Skrin/YouTube

Menurut laporan, rakaman berkenaan diperolehi daripada Jabatan Alam Sekitar dan Sains (DES) Queensland yang memperlihatkan ribuan penyu berkumpul di Pulau Raine yang menjadi lokasi terumbu karang kira-kira 385 batu dari Barat Laut Cairns, Queensland.

Jumlah penyu tersebut mengejutkan para saintis, di mana mereka sangka sebelum ini jumlah keseluruhan penyu hijau di kawasan itu hanya sekitar 50%.

The Guardian/YouTube

“Kami menjumpai 1.73 kali ganda jumlah penyu dengan rakaman dron ini berbanding dengan jumlah kiraan oleh pemerhati”, jelas Dr Andrew Dunstan dari DES.

Beliau turut menambah bahawa pasukan tersebut perlu mengubah semula jangkaan dan anggaran penyu-penyu tersebut secara keseluruhannya.

Paparan Skrin/YouTube

Sebelum menggunakan dron, para penyelidik akan menghitung penyu ketika mereka mendarat di pantai untuk bertelur. Mereka kemudian akan menandakan penyu dengan cat tidak beracun untuk mengesannya di lautan.

Paparan Skrin/YouTube

Namun proses mengira jumlah ribuan penyu yang bertanda dan tidak bertanda daripada kapal  secara tepat, terbukti sukar dan tidak boleh disahkan tepat sepenuhnya.

Paparan Skrin/YouTube

Jelas Dunstan, penggunaan dron menjadikan tugasan itu lebih mudah, selamat dan jauh lebih tepat. Data juga dapat disimpan dengan segera dan bersifat kekal.

“Sebelum ini ramai penyelidik perlu melakukan tugasan itu dalam satu tempoh yang agak panjang namun kini dron boleh menyelesaikan tugasan itu kurang daripada sejam”, kata Richard Fitzpatrick, penyelidik dari Biopixel Oceans Foundation.

Penyu laut hijau adalah spesies yang rentan di Queensland kerana diburu untuk isi dan telurnya. Haiwan berkenaan sering terperangkap dalam jaring dan pukat.

Paparan Skrin/YouTube

Selain itu, penyu tersebut juga sering didapati tersangkut pada beg plastik yang dibuang.

Oleh yang demikian, DES berkata pihaknya akan mengambil langkah bagi memulihara pantai dan lokasi sarang di pulau tersebut.

Paparan Skrin/YouTube

Ini termasuklah dengan pembinaan pagar untuk mencegah penyu-penyu itu daripada mati sekaligus memastikan kelangsungan hidup penyu hijau dan juga spesies lain di kawasan berkenaan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular