INDONESIA – Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun dilaporkan mengalami kecederaan yang agak serius setelah diterbangkan layang-layang sebelum terjatuh ke tanah.
Menurut laporan Tribun News, kanak-kanak yang berasal dari daerah Pringsewu, Lampung itu telah mengalami retakan tulang di enam bahagian pada kedua-dua lengannya. Selepas insiden mengerikan itu, kanak-kanak ini telah menjalani dua kali pembedahan dan kini sedang beransur pulih.
Kakak mangsa yang dikenali sebagai Acil, 28 tahun memaklumkan bahawa ketika kejadian, adiknya sedang memegang tali layang-layang yang bersaiz tiga kali ganda lebih besar darinya. Layang-layang berkenaan disebut sebagai Layang-Layang Naga Raksasa dikatakan boleh terbang beberapa meter di udara.
Sejak kejadian itu tular, Agensi Perlindungan Kanak-Kanak Pringsewu telah mengeluarkan arahan yang membenarkan kanak-kanak untuk menerbangkan layang-layang mengikut saiz mereka. Undang-undang ini dibuat berikutan terdapat lambakan kes kanak-kanak diterbangkan ke udara ketika bermain layang-layang.
Maybe you're interested :
- Sungguh pandai berdrama! Anjing pintar berlakon cedera parah, dipenuhi ‘darah’ buat netizen geram
- Nikmati ayam panggang ala ‘Kenny Rogers’ guna air tangan sendiri, resipi dikongsi yang dijamin sedap
- Laporan : Penganiayaan terhadap Falun Gong di China berlanjutan, lebih 1,000 ditangkap dan diganggu pada Oktober