Tiada satu pun diantara kita yang tidak tahu pasal Doraemon bukan? Kerana rata-rata daripada kita pastinya membesar dengan menonton siri animasi Doraemon yang sangat menghiburkan.

Watak utama iaitu Doraemon iaitu seekor robot kucing dari masa depan yang pulang ke masa lalu untuk membantu seorang budak bernama Nobita. Siri animasi Doraemon juga terkenal kerana suaranya yang unik selain jalan ceritanya yang seringkali memberikan pengajaran bermakna buat para penonton.

Baru-baru ini menerusi laman sosial Instagram, telah tular sebuah video mengenai seorang wanita yang membuat lawak jenaka dengan menggunakan suara Doraemon ketika menempah pesanan makanan melalui pandu lalu di sebuah restoran makanan segera.

shafnaufas/Instagram

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh shafnaufas, kelihatan seorang pemuda sedang memandu kenderaannya menerusi sebuah pandu lalu restoran makanan segera yang terkenal di Malaysia. Lelaki berkenaan turut menyediakan kamera untuk merakam tingkah laku rakannya yang melucukan itu.

Penumpang di bahagian tempat duduk belakang kemudian memunculkan diri dan membuat pesanan dengan menggunakan suara Doraemon sekali gus membuatkan pekerja restoran berkenaan turut terhibur.

shafnaufas/Instagram

Pekerja yang terkejut pada masa sama itu turut meminta pelanggannya untuk mengulangi pesanan yang telah dibuat seolah-olah inginkan kepastian. Malah, suara yang ditiru itu kedengaran persis suara Doraemon sekali gus menyebabkan lelaki itu tidak dapat menahan ketawa sehingga tidak mampu memandu keretanya dengan baik.

Bukan sahaja pendengar, si peniru suara Doraemon ini turut tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar suaranya sendiri ketika membuat pesanan berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by s h a f (@shafnaufas)

shafnaufas/Instagram

Gurauan ini mengundang lambakan reaksi positif daripada warganet yang rata-ratanya menyatakan mereka menonton video tersebut berulang kali sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu terhibur. Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima jumlah tontonan sebanyak 22,674!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular