Siapa tidak mengenali aiskrim kacang merah jenama Potong yang menjadi kegemaran ramai kerana keenakan rasanya.
Aiskrim ini mendapat sambutan yang begitu hangat sehingga menyebabkan ramai berebut-rebut untuk mendapatkannya.

Sambil menonton televisyen, boleh kita nikmati aiskrim yang segar ini bersama yang tersayang. Ayuh kita belajar resipi untuk membuat aiskrim kacang merah hasil perkongsian daripada Siti Norazliana di Facebook.
Bahan-bahan:
- 300 gram kacang merah
- 1.5 liter air masak
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 kotak kecil santan
- 1 tin susu cair
- 3 sudu tepung pulut
- 3 sudu tepung jagung
- Sedikit sirap
- Garam
Cara membuatnya:
Langkah pertama untuk menghasilkan aiskrim legenda ini adalah dengan merendam kacang merah semalaman. Selepas direndam, anda boleh merebus kacang merah sehingga empuk sebelum dilenyekkan.

Bancuh tepung pulut bersama tepung jagung di dalam mangkuk kecil. Masukkan ke dalam air gula dan kacau sehingga larut.

Masukkan sedikit sirap sebagai pewarna dan biarkan mendidih. Setelah itu, masukkan kacang merah yang telah dilenyek dan kacau seketika sehingga semuanya sebati. Tutupkan api.

Aiskrim kacang merah ala Potong siap untuk dinikmati! Selamat mencuba ya!
Maybe you're interested :
- Hubungan dengan Rejim Komunis China semakin rapat, penyebaran ‘virus PKC’ semakin teruk
- “Abang, nak kotak…” rayuan kanak-kanak gelandangan yang tidak henti-henti meminta kotak untuk mengalas tempat tidurnya buat ramai warganet sayu
- Olah lagu Peluang Kedua menjadi lagu berunsur tradisional lengkap dengan tarian tradisional Melayu, buah tangan program latihan seni ini raih pujian ramai