Bidang fotografi adalah salah satu bidang yang majoritinya diceburi oleh kaum lelaki. Untuk berjaya dalam bidang ini, bukan sahaja bakat dan ilmu yang anda perlu ada tetapi penggunaan lensa kamera yang tepat juga penting bagi mendapatkan hasil gambar yang menakjubkan.

Tetapi berbeza pula dengan Alfred Acenas, seorang pelajar kolej yang ternyata berjaya menghasilkan gambar-gambar menarik dengan menggunakan telefon pintar sahaja!

Malah, Alfred juga tidak menggunakan peralatan yang mahal sebaliknya menggunakan apa yang ada seperti penyangkut baju, produk pertanian, bahan plastik dan bermacam-macam lagi untuk ‘menghidupkan’ hasil gambar yang ditangkapnya.

Kreativiti daripada pemuda berusia 21 tahun ini sungguh memukau sehingga berjaya mencuri perhatian seorang jurugambar profesional iaitu BJ Pascual yang juga menjadi idola serta sumber inspirasi Alfred dalam bidang berkenaan.

Model-model yang terlibat dalam sesi fotografi bersama Alfred biasanya terdiri daripada anak saudaranya sendiri yang sudi meluangkan masa sementara menunggu musim persekolahan.

Mari kita lihat hasil gambar yang dihasilkan oleh Alfred. Memang tidak sangka dia cuma menggunakan telefon pintar untuk mendapatkan hasil gambar sebegini hebat!

View this post on Instagram

A post shared by ALFRED VISUALS???? (@alfred_visuals)

Kata BJ kepada Metro.Style, “Saya suka gambar yang dia ambil! Saya sangat kagum dengan tahap kreativitinya. Apa yang paling saya gemari adalah dia mendapat inspirasi daripada hasil kerja saya tetapi dia langsung tidak meniru hasil gambar yang saya ambil. Dia lakukan mengikut kreativitinya sendiri dan itu adalah sesuatu yang sangat membanggakan!”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular