Sepenuh tahun ini mengajar kita satu perkara, memang terdapat beberapa orang yang luar biasa untuk terus memberi sinar kegembiraan, walaupun kita berada di tengah-tengah keadaan terburuk akibat pandemik.

Rakaman video yang tular ini menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan menjenguk ketibaan rakan paling istimewa di hatinya, yang pasti memberikan anda senyuman lebar di wajah sehingga ramai yang terfikir ia perlu dikongsi bersama dengan semua orang agar dapat menceriakan hari yang suram.

E! News/Facebook

Semuanya bermula dengan menunjukkan gadis kecil ini berdiri di atas sofa sambil melihat ke luar tingkap, yang mana kedudukan ramai orang yang diarah duduk di dalam rumah sejak bulan Mac.

Tetapi aspek tulus melalui video ini terungkap apabila kita semua mengetahui apa yang dia tunggu.

E! News/Facebook

Ternyata berada dalam situasi menjalani perintah kuarantin yang tanpa henti adalah sukar buat semua orang, terutama si kecil ini, tetapi rakannya yang sangat istimewa itu telah membantunya untuk membuat dia tersenyum ceria setiap hari.

E! News/Facebook

Namanya ialah Ian dan dia adalah encik posmen dan dia meluangkan masa untuk berhenti seketika daripada tugasnya setiap hari, untuk menari bersama kanak-kanak ini di halaman rumahnya sambil menghadap tingkap itu selama beberapa minit setiap hari.

E! News/Facebook

Tindakan melakukan kebaikan ikhlas paling kecil yang benar-benar boleh memberi impak yang sangat besar.

Dan ini telah berlaku setiap hari selama beberapa bulan, bahkan jiran-jiran juga telah melihat dan merakam sesi tarian mereka serta turut gembira melihat duo ini menari bersama setiap kali.

E! News/Facebook

Menerusi rakaman video ini, posmen Ian melambai ke arah semua orang di kejiranan itu dan sering mengukir senyuman manis di wajahnya.

E! News/Facebook

Syabas kepada encik posmen bernama Ian yang hebat kerana berusaha menjadikan dunia ini lebih ceria dan bahagia pada ketika waktu yang cukup gelap bagi kebanyakan orang.

E! News/Facebook

Tidakkah tindakannya menceriakan hari anak-anak kecil setiap hari tersangat mulia dan comel?

Tonton video di sini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular