Rakyat Malaysia sentiasa menggemarkan sos pencicah jika menikmati apa-apa makanan. Ada juga yang tidak boleh makan tanpanya.

Tidak kiralah jenama apa pun, misalnya Maggi, Life, Heinz dan pelbagai lagi. Setiap individu mempunyai jenama kegemaran masing-masing.

Tetapi bagaimana jika sos yang anda gemarkan itu tidak boleh dibeli dan hanya diberikan menerusi pembelian makanan di restoran makanan segera seperti McDonald’s misalnya?

Office_STE.my/Shopee

Kini anda boleh menarik nafas lega kerana terdapat penjual di platform Shopee yang menjual sos cili kegemaran anda!

Bukan sebarang penjual tau, kerana penjual tersebut sudah pun meraih lebih 2,000 pengikut dan 3,300 penilaian di laman Shopee.

Menerusi keterangan produk yang dilampirkan, setiap paket kecil mempunyai tarikh luput yang singkat iaitu tamat tempoh pada tahun 2021.

Office_STE.my/Shopee

Dalam keterangan produk, dikatakan bahawa paket tersebut mempunyai tarikh luput yang pendek. Kesemua mereka akan tamat pada tahun 2021.

Setiap paket kecil sos tomato dijual dengan harga RM0.20 hingga RM0.25, sementara sos cili pula adalah RM0.45 setiap satu.

Sungguhpun begitu, produk sos cili dan tomato McDonald’s berkenaan telah pun berjaya dijual lebih 800 paket!

Rata-rata pelanggan daripada penjual tersebut amat berpuas hati dan tiada seorang pun yang memberikan mata penilaian kurang daripada 5 bintang.

Office_STE.my/Shopee
Office_STE.my/Shopee
Office_STE.my/Shopee

Selain sos tomato dan cili, penjual itu juga turut menjual serbuk lada hitam daripada McDonald’s juga.

Jadi jika anda seorang menggemari sos McDonald’s walaupun anda tidak menikmati makanan daripada restoran terbabit, anda bolehlah beli sos daripada penjual ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular