Syarikat telekomunikasi gergasi di Kanada, Telus Corporation mengumumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan Huawei Technologies Co. Ltd. dari pembangunan rangkaian 5G di Kanada dan akan bergantung pada pengeluar telekomunikasi dari Barat dan Korea Selatan untuk membekalkan peralatan infrastruktur yang diperlukan, jangkaan tepat bahawa Ottawa akhirnya akan membataskan pengaruh dan penggunaan kit Huawei di Kanada.

Telus telah menolak untuk membincangkan secara terbuka keputusan mereka untuk menghentikan Huawei atas alasan persaingan, lapor The Globe and Mail pada 23 November.

Syarikat itu juga berkata bahawa pihak mereka tertakluk kepada perjanjian kerahsiaan dengan Jabatan Sains, Inovasi dan Pembangunan Ekonomi Kanada yang memperuntukkan spektrum tanpa wayar untuk syarikat telekomunikasi yang melancarkan teknologi 5G.

Darryl Dyck/The Canadian Press

Tetapi syarikat itu memaklumkan bahawa pihak mereka akan meningkatkan rangkaian 5G di seluruh Kanada, termasuk di wilayah Ottawa, Ontario, Gatineau, dan Quebec, di mana jabatan bersekuriti tinggi seperti Bank of Canada dan RCMP berada.

“Kami memanfaatkan beberapa vendor termasuk Samsung, Ericsson dan Nokia untuk meningkatkan rangkaian 5G, dan wilayah ibu negara nasional adalah menjadi keutamaan pasaran dalam strategi pelancaran peringkat nasional kami,” kata Ketua Pegawai Teknologi Ibrahim Gedeon kepada The Globe and Mail.

“Selanjutnya, kami akan terus mematuhi panduan dan memenuhi semua syarat keselamatan dari kerajaan persekutuan dan pengawal selia,” tambahnya.

Pada 2 Jun, Telus mengumumkan kerjasama mereka dengan Ericsson dan Nokia untuk mengembangkan jaringan 5G, tidak lama setelah BCE Inc. berkata bahawa pihak mereka mungkin bakal menjadi rakan kongsi bersama Ericsson. 

Pada 18 Jun, Telus membuat pengumuman lain bahawa Samsung disenaraikan ke dalam perkongsian itu, tetapi sekali lagi tidak secara jelas menyebut bahawa mereka akan mengeluarkan Huawei.

PATRICIA DE MELO MOREIRA/AFP /AFP via Getty Images

Bagi Telus dan BCE, keputusan untuk menyertai pesaing Huawei adalah urusan perniagaan, kata Christian Leuprecht, seorang profesor sains politik di Queen’s University dan Royal Military College of Canada, dalam satu wawancara.

“Sekiranya anda melihat ketidakpastian perniagaan ketika mengutarakan hal berkaitan China, risiko perniagaan telah meningkat dengan ketara,” kata Leuprecht.

Amerika Syarikat telah menekan Kanada dan sekutunya dalam jaringan perkongsian perisikan Five Eyes untuk melarang Huawei dari rangkaian 5G mereka, kerana berpandangan bahawa syarikat itu sebagai badan pengintipan dan perisikan untuk negara China.

Amerika Syarikat juga telah memberi amaran kepada sekutunya bahawa mereka akan membatasi perkongsian data dengan negara terlibat yang membenarkan Huawei menjadi sebahagian daripada pembangunan infrastruktur mereka.

Selain itu, Washington meletakkan Huawei dan gabungan 114 dalam senarai hitam perdagangan tahun lalu, melarang firma Amerika Syarikat daripada menjalankan perniagaan dengan syarikat berkenaan.

Amerika Syarikat mengetatkan lagi sekatan ini pada bulan Mei dengan menyekat Huawei dan gabungannya daripada memperolehi akses bekalan semikonduktor penting daripada pembuat cip global yang menggerakkan telefon pintar dan peralatan telekomunikasi.

Gambar Hiasan/ Unsplash

Walaupun terdapat amaran, Kanada adalah satu-satunya negara anggota Five Eyes yang belum memutuskan untuk melarang atau merancang untuk melarang Huawei dari rangkaian 5G negara.

Gergasi telekomunikasi Kanada yang lain, Rogers, sebelum ini membuat keputusan untuk tidak menggunakan Huawei, atas alasan ancaman keselamatan.

Pada 18 November, usul tidak mengikat yang dibentangkan oleh Tories disahkan di Parlimen yang mewajibkan kerajaan persekutuan memutuskan dalam masa 30 hari sama ada untuk melarang Huawei daripada turut serta dalam rangkaian 5G Kanada, dan juga menggerakkan rancangan untuk memerangi campur tangan Beijing yang semakin meningkat dalam pembangunan operasi di Kanada.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular