Ketua Projek Integriti Pengundi, Matt Braynard berkata pada 10 Disember bahawa beliau telah menyampaikan bukti lebih daripada 21,000 anomali dan penyelewengan pilihan raya kepada tiga pegawai tertinggi Georgia.

Dalam surat kepada gabenor Brian Kemp, Setiausaha Negara Brad Raffensperger dan Peguam Negara Chris Carr, Braynard mengatakan bahawa beliau ada mengirimkan sampul surat berserta pemacu USB melalui FedEx yang mengandungi bukti kertas undian haram di Georgia semasa pilihan raya.

Tambah Braynard, dirinya memperoleh bukti melalui Projek Integriti Pengundi, yang mendapati bahawa “ia telah dibayar dengan sumbangan dana daripada penduduk”.

Braynard mengatakan pasukannya menghubungi pengundi yang ditandai oleh Georgia sebagai pengundi yang tidak hadir atau ‘absentee’, namun kertas undian tidak dikembalikan.

@MattBraynard/Twitter

Braynard juga mendapati terdapat pengundi yang mengatakan kepada pusat panggilan bahawa mereka tidak meminta kertas undian meskipun negeri telah menandakan mereka sebagai pengundi yang tidak hadir.

Selain terdapat para pengundi yang mengatakan kepada Projek Integriti Pengundi bahawa mereka ada meminta kertas undian dan mengirimnya kembali. Namun Georgia tidak mencatatkan bahawa ia diterima.

Jadual lain merangkumi bukti pengundi yang mengundi di dua negeri yang berbeza, termasuklah Georgia, di mana pengundi yang ‘didaftarkan’ untuk mengundi dengan alamat yang disenaraikan di kemudahan Perkhidmatan Pos AS.

Alamat berkenaan didapati terlibat dalam ‘penyamaran sebagai pangsapuri’ ataupun timbul masalah pada kotak pejabat pos (P.O. Box).

Braynard juga menekankan tentang dakwaan penyelewengan lain yang berlaku semasa pilihan raya di Georgia.

“Saya sedar bahawa meneliti bukti ini mungkin memakan masa dan menyusahkan. “Untuk membantu anda dalam usaha ini, saya dengan senang hati menyediakan diri saya untuk membantu kakitangan anda mengesahkannya”, tulis Braynard.

Pegawai di pejabat peguam Georgia dan setiausaha pejabat negeri tidak segera memberi respon kepada The Epoch Times mengenai surat Braynard.

Matt Braynard, ketua Projek Integriti Pengundi dan bekas pengarah data dan strategi untuk kempen Presiden Donald Trump pada tahun 2016, semasa wawancara dengan Joshua Philipp, The Epoch Times

Setiausaha Negeri, Brad Raffensperger mengatakan tidak ada bukti penyelewengan yang akan membatalkan keputusan pilihan raya dan mendorong untuk mendapatkan pengesahan.

Pada 7 Disember, beliau mengumumkan bahawa Georgia mengesahkan semula keputusan pemilihannya setelah penghitungan semula, walaupun Coffee County mengatakan ia tidak dapat menduakan hasilnya di mesin pemilih.

“Saya dapat memberikan senarai pengundi dalam pilihan raya ini yang mengajukan kad pertukaran alamat nasional di Georgia, memindahkan diri mereka ke negeri lain”, tulis Braynard.

“Dan saya juga dapat menunjukkan kepada anda pendaftaran pemilih negeri berikutnya daripada individu-individu ini di negeri-negeri lain, yang kemudian memberikan undi awal atau tidak hadir kembali ke Georgia,” tambahnya.

“Saya dapat menunjukkan kepada anda nama individu dan rekod undian mereka yang telah mengundi di beberapa buah negeri, serta data yang disediakan oleh negeri-negeri”.

FBI ada menghubunginya mengenai dapatan pasukannya yang menunjukkan kertas undian tidak sah, sambil menambah bahawa Braynard mendedahkan kepada agensi semua data, termasuklah nama, alamat, nombor telefon, dan lain-lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular