ALOR SETAR – Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki cuba memecahkan tabung derma masjid. Perbuatan tersebut dirakam oleh sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di Masjid Nurul Iman, Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah.

Kejadian tersebut dikatakan telah berlaku pada 9 Disember lalu, pada kira-kira 10.20 pagi.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook
Dalam rakaman CCTV berdurasi 3.10 minit itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai pelitup muka itu seolah-olah sedang berusaha untuk mengeluarkan wang dari atas peti besi tersebut.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook
Usahanya walau bagaimanapun tidak berhasil. Selang beberapa saat, muncul seorang lelaki berkopiah putih untuk membantunya.

Dari video tersebut jelas menunjukkan bahawa pencuri tersebut telah bersiap sedia dengan sebuah beg yang penuh dengan alatan yang akan digunakan untuk memecahkan peti besi tersebut.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook
Pada mulanya usaha mereka tidak berhasil tetapi selepas beberapa kali mencuba mereka akhirnya berjaya mengeluarkan wang tersebut dan terus dimasukkan ke dalam beg hitam tersebut.

Tidak cukup dengan satu peti yang dicuri, mereka dilihat menuju ke sebuah lagi peti besi yang terletak pada dinding lain.

Info Roadblock JPJ/POLIS | Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular