Tubuh badan yang sempurna dan sihat merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai dan kita seharusnya sentiasa bersyukur.

Apatah lagi jika turut dikurniakan ciri fizikal yang unik dan menarik seperti seorang gadis dari negara jiran yang dikenali sebagai Halyma ini.

Gadis itu tular menerusi satu video yang memaparkan warna matanya – hijau, sedangkan warna mata asli masyarakat di Asia Tenggara umumnya coklat keperangan dan hitam.

@_queenhalyma_/TikTok

Oleh kerana itu, ramai pengguna media sosial yang mempersoalkan ketulenan warna mata gadis terbabit sehingga ada yang mengatakan ianya ‘contact lens’.

Ekoran dirinya yang memiliki warna mata yang lain daripada lain, Halyma sering menjadi mangsa kecaman di sekolah.

Bahkan ramai yang berdebat mengenai warna mata yang dimilikinya itu. Gurunya juga menganggap Halyma agak melampau kerana memakai contact lens di sekolah.

@_queenhalyma_/TikTok

Gadis itu walau bagaimanapun sudah berkali-kali menjelaskan bahawa itu merupakan warna matanya yang asli.

Menurut fakta, warna mata bergantung kepada berapa banyak pigmen melanin yang ada pada iris – bahagian mata anda yang berwarna.

Semakin banyak pigmen yang anda miliki, maka semakin gelaplah warna mata anda. Wujudnya mata berwarna biru, kelabu dan hijau lazimnya disebabkan oleh kurangnya melanin.

Apa pun, warna mata Halyma memang cantik bukan? Tidak kisahlah orang mahu percaya ataupun tidak..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular