Senat Amerika Syarikat akan mengadakan pendengaran pada minggu hadapan berkenaan penyelewengan yang berlaku semasa Pilihan Raya Presiden 2020.

Senator Ron Johnson (R-Wis.), Pengerusi Jawatankuasa Senat dalam Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan, dalam satu kenyataan berkata, “Saya sedar banyak isu yang telah dibangkitkan, kini akan terus dibangkitkan, dan dengan tepat lagi akan diselesaikan di mahkamah. Tetapi hakikatnya kekal dengan sebilangan besar rakyat Amerika tidak menganggap keputusan pilihan raya 2020 sebagai sah kerana penyelewengan yang jelas belum dapat diperiksa dengan sepenuhnya. Itu bukan hal ehwal pentadbiran kerajaan yang mampan buat negara kita.”

“Satu-satunya cara untuk menyelesaikan kesangsian ini adalah dengan ketelusan penuh dan kesedaran awam. Itu akan menjadi tujuan pendengaran,” katanya.

Senator Ron Johnson (R-Wis.) (Charlotte Cuthbertson/The Epoch Times)

Jawatankuasa ini akan mengadakan pendengaran kali pertama pada 16 Disember 2020. Butiran tambahan, termasuk saksi, akan dibentangkan pada minggu hadapan. Pendengaran dan seterusnya perbicaraan belum disenaraikan dalam kalendar jawatankuasa, yang bermula 10 Disember.

Menurut pegawai, saksi, pemberi maklumat, dan pakar data, beberapa tahap penipuan dan penyelewengan lain berlaku semasa pilihan raya 2020. Tahap penipuan dipertikaikan. Demokrat dan ramai pegawai mengemukakan bantahan bahawa dakwaan itu tidak mencukupi untuk mengubah keputusan pilihan raya, sementara Presiden Donald Trump dan pasukan Republikan kata ia sudah mencukupi.

Megan Varner/Getty Images

Calon presiden demokrat Joe Biden telah mengisytiharkan kemenangan dalam pilihan raya, tetapi Trump dan yang lain mengemukakan bantahan dalam keputusan di negeri-negeri pertempuran utama di mahkamah. The Epoch Times tidak mengumumkan keputusan itu buat masa ini.

Peguam dari Wisconsin dan Nevada adalah antara saksi yang akan didengar oleh penggubal undang-undang, Senator Johnson memberitahu dalam segmen ‘Hannity’ di Fox News pada 9 Disember. Di Nevada, beliau berkata, 42,000 orang mengundi sebanyak dua kali dan si mati boleh mengundi, merujuk kepada tuduhan yang dibuat oleh peguam Trump.

“Kami akan mengajukan persoalan berikut: Bagaimana dengan undi sepenuh lori dari Great Plains, New York yang menuju ke Philadelphia? Bagaimana anda dapat menerangkan jenis apakah perkara itu? Jadi, kami akan mengadakan pendengaran itu, dan mengemukakan semua persoalan berbangkit, dan kami akan meminta penjelasan. Kerana rakyat Amerika layak untuk mengetahui apa yang sedang berlaku,” katanya.

“Ini adalah hal ehwal negara yang sangat teruk kerana anda mempunyai peratusan besar rakyat Amerika yang tidak menganggap pilihan raya ini sebagai sah, kerana Demokrat menolak sampul surat, mereka melakukan semua yang termampu untuk menghasilkan keputusan yang meragukan ini,” tambah Senator Johnson.

Jurucakap Senator Gary Peters (D-Mich.), yang sejawat dalam jawatankuasa Johnson tidak segera memberi maklum balas terhadap permintaan untuk memberi komen.

Pasukan peguam Presiden Donald Trump dan ahli Perundangan Arizona dalam pendengaran awam mengenai integriti pilihan raya di Phoenix, Arizona pada 30 November 2020 (Mei Lee/ The Epoch Times)

Pendengaran 16 Disember akan menjadi yang pertama di peringkat persekutuan yang akan meneliti tuduhan penipuan dan penyelewengan lain. Pendengaran telah diadakan di Georgia, Michigan, dan Pennsylvania yang menampilkan saksi pekerja pusat pengundian, pakar, dan peguam Trump berkenaan perkara tersebut.

Kempen Trump berusaha meyakinkan badan perundangan negara untuk menarik kembali kuasa untuk melantik pemilih dalam usaha untuk membatalkan keputusan semasa, dengan dakwaan bahawa tahap penipuan yang berlaku menimbulkan senario tidak biasa ini diperlukan.

Pada 9 Disember, Senator Johnson menunjukkan bahawa dia mungkin menyokong jalan kedua menuju kemenangan yang akan dicetuskan pada 6 Januari 2021, ketika sesi bersama Kongres yang dijadualkan dalam pengiraan undi elektoral.

Seorang wakil senat dan dua wakil rakyat yang dipilih merancang untuk memfailkan bantahan semasa pengiraan undi pada hari itu. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya seorang senator untuk bergabung ketika membuat bantahan itu menjadi sah, di bawah peraturan kongres.

Senator Johnson memberitahu wartawan di Washington ketika ditanya apakah beliau akan mencabar keputusan, katanya ia adalah bergantung kepada apa yang diketahui oleh penggubal undang-undang.

Jenny Jin/The Epoch Times

“Saya memerlukan lebih banyak maklumat. Rakyat Amerika memerlukan lebih banyak maklumat. Saya belum bersedia untuk menutup dan melempar buku mengenai perkara ini dan berlalu pergi, ‘OK, ayuh kita pergi dari situ’,”katanya.

The Epoch Times menghubungi pejabat senator Republikan dan senator dipilih untuk bertanya apakah penggubal undang-undang telah menghubungi kumpulan yang ingin memfailkan bantahan, dan sama ada mereka mempertimbangkan untuk bergabung.

Satu-satunya maklum balas yang dirakam adalah daripada jurucakap Senator Mitt Romney (R-Utah), yang merujuk kepada komen yang dibuat oleh senator itu kepada wartawan pada awal minggu ini.

Romney menyebut rancangan memfailkan bantahan itu sebagai ‘satu kegilaan’.

“Ini akan dikatakan, ‘Lihat, jangan ikut suara rakyat, mari kita lakukan seperti apa yang kita mahukan.’ Itu bukan cara negara republik yang demokratik harus berfungsi,” kata Romney.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular