Persekitaran rumah yang bersih dan kemas sememangnya mengubah mood kita. Namun lain pula jika kita hidup menyewa dengan individu lain. Macam-macam perangai perlu kita hadap.

Lumrahlah kadang kala rumah atau bilik kita itu bersepah sedikit tetapi agak melampau jika ianya menggangu atau menjengkelkan teman serumah.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, @mnsiatnpahati berkongsi kekecewaannya apabila melihat keadaan rumahnya yang bersepah sepulangnya ke rumah.

@mnsiatnpahati/Twitter

“Aku dah penat nak hadap hari-hari like that. Aku penat balik kerja hari-hari aku kemas”, luah wanita berkenaan.

Tambahnya, walaupun setiap hari dia mengemas rumah namun akhirnya rumah berkenaan akan bersepah semula setiap kali dia pulang.

“Monyet ke yang duduk dalam rumah ni? Maaflah, aku ni perempuan dan aku tak suka!!”, luahnya lagi.

Jika kita lihat foto yang dilampirkan pada tweet tersebut, kelihatan barangan penuh di atas lantai. Kasut yang tidak disusun rapi, dengan botol minuman, alas kaki dan pelbagai lagi.

Berikutan itu, wanita terbabit kemudiannya terpaksa mengemas rumahnya walaupun setelah penat bekerja, di mana ia memakan masa hampir tiga jam!

@mnsiatnpahati/Twitter

Siapa sahaja yang tidak rasa kecewa dan marah jika yang mengemas hanyalah kita sendiri dan yang menyepahkan pula orang lain yang tidak langsung rasa bertanggungjawab dan bersalah?

“Perempuan diluar sana, tolonglah jadi pembersih. Janganlah muka cantik tapi pengotor”, nasihatnya kepada wanita di luar sana.

Dalam satu kemas kini tweet, wanita itu menambah bahawa teman serumahnya itu ada belanja dan membelikannya makanan. Dia juga menjelaskan bahawa dirinya tidak pandai mengemas.

@mnsiatnpahati/Twitter

Tidak kiralah siapa pun anda, lelaki mahupun perempuan, jagalah kebersihan dan kekemasan di mana sahaja kita tinggal.

Apa pun, hidup lebih indah jika tidak menyusahkan orang lain..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular