Aktiviti berbasikal kebelakangan ini kembali menjadi fenomena dan trend dalam kalangan masyarakat Malaysia, walaupun harga basikal boleh mencecah ribuan ringgit.

Ia langsung tidak menjadi halangan untuk golongan ini meneruskan minat mereka, apatah lagi ia semestinya memberikan manfaat kesihatan yang baik.

Jika kita ke mana-mana, senang sahaja kita menemukan kelompok individu yang berbasikal di tepi-tepi jalan, bukan? Pendek kata, selalu juga kita nampak geng basikal ini..

@KMZ_santai/Twitter

Namun baru-baru ini tular satu video lucu yang menunjukkan satu kelompok individu yang sedang berbasikal menaiki bukit, di muat naik oleh @KMZ_santai di Twitter.

Apa yang mencuri perhatian adalah secara tiba-tiba, muncul seorang kanak-kanak lelaki yang juga berbasikal menaiki bukit tersebut.

@KMZ_santai/Twitter

Berbeza dengan geng basikal tersebut yang dilihat agak perlahan dan ‘struggle’ untuk mengayuh menaiki bukit, budak terbabit selamba sahaja memotong mereka!

Budak itu langsung tidak menunjukkan sebarang kesukaran untuk mengayuh menaiki bukit. “Aku kalau jadi dua orang belakang tu, aku jual basikal aku”, tulis tweet berkenaan.

Saksikan video tersebut :

Oleh kerana perkongsian itu mendapat tontonan lebih 165,000 kali, maka terdapat banyak juga komen dan reaksi daripada pengguna, antaranya :

@KMZ_santai/Twitter

Santai sahaja budak itu mengayuh, bukan? Mesti geng basikal berkenaan rasa tercabar dibuatnya!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular