Gelagat dan ‘perangai’ haiwan sememangnya sangat menghiburkan untuk dilihat. Mana tidaknya, ada antara mereka yang secara spontan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dan seterusnya membuatkan kita tidak kering gusi menonton mereka.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila video rakaman seekor ayam dilihat sedang membantu seekor anjing untuk menikmati hidangan di atas meja.

@AnimalsWorld/Twitter

Yang lucunya, ayam yang membenarkan anjing itu memanjat dan memijak bahagian atas tubuhnya sepertinya berada dalam posisi yang selesa. Mungkin, mereka memang saling bantu-membantu selama ini!

Tidak cukup dengan hanya memijak di satu tempat, anjing itu malahan turut memijak bahagian atas ayam itu di tempat yang berlainan pada saat ke 0:05 untuk mencapai makanan yang lebih jauh di atas meja. Lucu betul!

@AnimalsWorld/Twitter

Walaupun sekali pandang dilihat seperti anjing itu sedang membuli ayam yang malang itu, tetapi apabila melihat reaksi ayam itu, kita sepertinya tidak dapat berkata-kata. Hal ini adalah kerana mereka berdua benar-benar kelihatan seperti sedang bekerjasama untuk mencapai matlamat masing-masing!

@AnimalsWorld/Twitter

Walaupun video ini baru dimuatnaik pada malam 3 Disember lalu, tetapi video ini dengan pantas mendapat perhatian ramai warganet yang benar-benar terhibur dengan gelagat dua ekor haiwan ini.

“Ya, kerjasama yang terbaik!”

“Video ini, berkemungkinan, adalah video yang paling comel”

@AnimalsWorld/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman video oleh @AnimalsWorld ini telahpun meraih sehingga lebih dari 4,100 sukaan, lebih dari 1,100 ulang kicau dan 33 komen.

Comel betul ‘perangai’ sebenar yang ditunjukkan oleh haiwan berlainan spesies ini! Nampaknya, walaupun mereka berdua adalah dari jenis haiwan yang berlainan, tetapi mereka tidak lokek untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular