Ramai yang setuju dengan kenyataan bahawa majoriti golongan ibu lebih garang berbanding bapa, bukan?
Ia dapat diketahui dengan jelas apabila kanak-kanak agak takut jika ibu mereka tahu apa yang mereka lakukan. Bukan apa, tetapi takut dimarahi…
Sehubungan itu, satu foto lucu telah dimuat naik di laman Facebook oleh pengguna, Wjefry Km yang menunjukkan hasil kerja kanak-kanak.

Namun hakikatnya, kaum Hawa khasnya para ibu sebenarnya agak teliti dan mahukan hanya yang terbaik untuk anak masing-masing.
Menurut laporan, kanak-kanak yang membesar di bawah didikan ibu yang garang dipercayai dapat membesar menjadi individu yang lebih baik.
Hal ini kerana, ibu merupakan individu penting yang banyak mempengaruhi cara anak membesar bahkan tidak dinafikan bahawa ramai anak yang lebih rapat dengan ibu berbanding bapa.
Oleh yang demikian, ibu perlu mempunyai sisi ‘garang’ yang tersendiri namun ia tidak bermaksud anda tidak boleh memanjakan langsung anak-anak.

Segalanya perlu ada had agar anak anda tidak ‘naik lemak’ dan ‘memijak kepala’ anda atau dalam erti kata lain, perlu ada ketegasan dalam diri ibu namun ia perlulah dikawal.
Apa pun, perkongsian foto di atas agak lucu! Nampaknya, kanak-kanak tersebut berani dan jujur orangnya.
Tidak dapat dipastikan pula apa penerimaan si ibu jika melihat hasil tulisan anaknya. Anda rasa bagaimana?
Maybe you're interested :
- Telatah lucu pasangan ini yang siap membawa meja di dalam kereta semata-mata untuk makan seperti di restoran cuit hati ramai warganet, “polis pun keliru mahu kenakan saman atau tidak!”
- Dakwa Parti Komunis China secara paksa ambil organ komuniti Uighur, aktivis desak siasatan dilakukan
- Sediakan makanan ringan percuma untuk ‘Geng Rider’, tindakan kecil wanita ini dapat pujian malahan mahu jadi ikutan