Usikan ada kalanya perlu untuk menceriakan kehidupan kita semua namun tidak bermakna ia boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan melampaui batas ya.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Facebook telah berkongsi satu kisah melibatkan rakan sekelasnya di universiti.

Menerusi laman UTAR Confessions 2017/18 itu, pemuda menceritakan tentang rakan sekelasnya yang begitu suka menunjuk-nunjuk.

“Dia ingat pakai kereta Honda City itu sudah cukup cool agaknya. Dia sengaja menunjuk dan bermain-main dengan kunci kereta di dalam kelas”.

Gambar Hiasan

Berasa tidak selesa dengan tindakan rakan sekelasnya itu, pemuda kemudiannya mencari profil rakannya itu di Facebook.

Dia kemudian mengetahui bahawa bapa rakannya itu sebenarnya merupakan seorang peniaga yang menjual nasi ayam. Rakan kepada pemuda juga ada kalanya pergi membantu bapanya di gerai mereka.

Pada ketika itulah munculnya idea pemuda untuk mengenakan rakan kelasnya itu. Pemuda sanggup membeli kad sim baharu untuk menyamar sebagai pembeli nasi ayam bapa rakannya.

Kad sim baru itu dibeli berikutan mahu menjaga kerahsiaan identitinya.

Dia kemudian memesan 100 bungkus nasi ayam daripadanya dan berniat untuk menghilangkan diri sebaik sahaja kesemua bungkusan yang dipesannya siap.

Pemuda turut mendakwa dirinya sebagai pembantu untuk individu bergelar YB (Yang Berhormat) bagi membolehkan dirinya tidak perlu membayar wang deposit pesanan.

Foto hiasan/Pinterest

Malah, dia turut menipu bahawa makanan yang dipesan itu adalah untuk agihan kepada golongan yang terkesan dan memerlukan.

“Dia dengan segera mempercayai saya. Saya memberitahunya bahawa saya akan membayar pesanan nasi ayam itu dua hari kemudian, ketika saya mengambilnya”.

Sebaik sahaja panggilan telefon itu ditamatkan, kad sim itu dibuang. Pada hari kejadian, rakannya ada memuat naik status tentang seseorang yang mengenakan bapanya.

Berdasarkan kenyataan rakannya itu, tindakan si pemuda itu telah menyebabkan keluarga mengalami kerugian pendapatan untuk seminggu.

“Saya tidak boleh berhenti ketawa. Akhirnya, mereka memberikan pesanan itu kepada rumah jagaan warga emas dan anak yatim”.

“Saya bantu kamu untuk buat kerja amal. Kamu suka sangat berlagak, jangan kamu singgung perasaan orang lain. Saya nasihatkan kamu untuk jangan bersikap berlagak di masa akan datang!”.

Kasihan bapa kepada rakan si pemuda. Dia mungkin berlagak namun tidak bapanya. Perniagaan itu juga adalah perniagaan bapanya dan bapanya yang perlu menanggung kerugian, bukan?

“Personaliti rakan kamu mungkin buruk namun akal kamu jauh lebih buruk. Saya harap kamu akan terima balasannya”, tulis seorang pengguna di ruangan komen.

Apa pendapat anda?

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP

Video Popular