Ayat klise kata, setiap pasangan yang ingin berkahwin pasti mengimpikan majlis pernikahan yang sempurna, dan ketika zaman pandemik melanda kini, tiada perkahwinan yang mungkin dapat diadakan dengan sempurna.

Pasangan pengantin baru hari ini sudah cukup berasa bersyukur selepas majlis akad nikah dapat disempurnakan walaupun hanya dihadiri saudara paling dekat dan tidak dapat diraikan oleh tetamu lain. 

Tetapi, pasangan pengantin baru ini menerima kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ pada hari perkahwinan mereka ketika musim cuaca tidak menentu kini.

@nad114/TikTok

Sepasang pengantin baru terpaksa membersihkan rumah sebaik sahaja selesai mengadakan majlis pernikahan mereka, selepas menerima kehadiran ‘tetamu tidak diundang’ itu ke dalam rumah keluarga, iaitu air banjir berikutan hujan lebat.

Dalam satu rakaman video berdurasi 21 saat di TikTok, kedua mempelai pengantin lelaki dan perempuan kelihatan sedang gigih menolak, mengaut dan membersihkan air banjir yang tiba-tiba memasuki rumah mereka.

@nad114/TikTok

Menerusi kapsyen yang dimuat naik oleh pengantin perempuan dikenali Cik Nad, “Tak tahu lah nak nangis ke nak gelak, time nikah aku lah nak banjir pun. Time ni hujan lebat gila”.

@nad114/TikTok

Cik Nad dan suaminya yang baru sahaja selesai diijabkabulkan kelihatan pasrah, tersenyum dan ketawa ketika sedang membersihkan rumah mereka. 

@nad114/TikTok

Kenangan pertama luar dugaan sebagai suami isteri, dan ini baru betul kenangan terindah tidak boleh dilupakan untuk diceritakan kepada anak cucu kelak.

“Ok la tu, orang lain basuh periuk kuali besar, awak berdua bersihkan rumah. Memori yang jarang nak dapat,” komen seorang netizen.

@nad114/TikTok

Selepas video TikTok ini menjadi tular, pasangan pengantin baru tersebut menerima pelbagai reaksi positif dan ucapan ‘selamat pengantin baru’ daripada kalangan netizen.

Selamat pengantin baru anda berdua, semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.

@nad114tak tahu lah nk nangis ke nk gelak ???? time nikah aku lah nak banjir pun ???? time ni ujan lebay gila ????

♬ original sound – Ayugurnita12

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Keluarga

Video Popular