LONDON – Kerajaan Britain dalam satu kenyataannya pada 30 November memaklumkan bahawa Syarikat telekomunikasi Britain tidak dibenarkan untuk memasang kit Huawei 5G terbaharu selepas bulan September 2021. Tindakan ini adalah sebahagian daripada rancangan untuk memberi tekanan kepada syarikat peralatan China yang mengeluarkan rangkaian mudah alih berkelajuan tinggi.

Bendera Britain dan telefon pintar dengan logo rangkaian Huawei dan 5G dilihat pada papan induk komputer dalam gambar ilustrasi ini yang diambil pada 29 Januari 2020. (Dado Ruvic/Illustration/File Photo/Reuters)

Britain sebelum ini telah mengarahkan agar semua peralatan keluaran Huawei untuk dikeluarkan dari rangkaian 5G pada akhir tahun 2027, sejajar dengan sekutu perisikan termasuk Amerika Syarikat yang mendakwa bahawa syarikat itu menimbulkan risiko keselamatan.

Berikutan itu, Beijing telah mengkritik keputusan itu, sementara Huawei yang berpangkalan di China mengatakan pada minggu lalu bahawa syarikatnya berasa kecewa kerana Britain ingin mengecualikannya dari penggunaan rangkaian 5G setelah penerbitan undang-undang baru membenarkan syarikat itu didenda sebanyak 100,000 pound (RM 546,545.89) jika mereka melanggar larangan tersebut.

Gambar hiasan/Unsplash

Pengumuman keputusan ini dilaporkan berlaku lebih awal dari jadual perdebatan mengenai undang-undang telekomunikasi baru di parlimen dan susunan garis masa penyingkiran peralatan yang sepatutnya berlangsung.

“Saya menetapkan jalan yang jelas untuk penyingkiran sepenuhnya pembekal berisiko tinggi dari rangkaian 5G kami,” kata menteri digital, Oliver Dowden dalam satu kenyataan.

“Ini akan dilakukan melalui kekuatan baru dan belum pernah terjadi sebelumnya untuk mengenal pasti dan melarang peralatan telekomunikasi yang menimbulkan ancaman bagi keselamatan negara kita.”

Kerajaan Britain juga turut mengumumkan strategi baru untuk mempelbagaikan bekalan rantaian 5G, yang terdiri dari pelaburan 250 juta pound, percubaan untuk bekerjasama dengan firma Jepun NEC dan penubuhan kemudahan penyelidikan baru.

Britain juga dalam pada itu telah melarang untuk membeli kit Huawei 5G baru selepas akhir tahun ini.

Britain mengatakan bahawa keputusannya pada Julai berkaitan dengan kebimbangan bahawa sekatan Amerika Syarikat terhadap teknologi cip boleh mempengaruhi bekalan talian. Huawei dalam maklum balasnya agak kecewa dengan keputusan yang diambil dan menegaskan bahawa keputusan itu diambil kerana berkaitan dengan dasar perdagangan Amerika Syarikat dan bukannya isu keselamatan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular