Pasukan undang-undang yang diketuai peguam Sidney Powell memaklumkan kepada mahkamah persekutuan di Georgia pada 7 Disember yang lalu bahawa pihaknya telah memfailkan rayuan ke atas keputusan penolakan tuntutan pilihan raya ke Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat (Eleventh Circuit).

“Plaintif memohon mahkamah ini dengan segera memindahkan notis rayuan ke Eleventh Circuit supaya mahkamah dapat menjadualkan tuntutan berbangkit, bagi membolehkan plaintif meneruskan tuntutan secepat mungkin, untuk menangani isu-isu mendesak dan terpenting berkaitan negara,” tulis Powell dalam notis rayuan yang difailkan bersama Mahkamah Daerah Amerika Syarikat, Daerah Georgia Utara di Atlanta.

Hakim Mahkamah Daerah, Timothy Batten menolak tuntutan Powell pada 7 Disember sebelum ini, dengan berpendapat bahawa pihak plaintif tidak memiliki hak untuk membawa tuntutan, bahawa plaintif seharusnya membawa tuntutan itu ke mahkamah negeri, dan mereka sudah terlalu lambat untuk memfailkan kes.

Samira Bouaou/The Epoch Times

Powell memfailkan tuntutan itu pada 25 November atas nama pemilih presiden untuk Presiden Donald Trump. Salah satu teras dalam tuntutan undang-undang berkenaan adalah mesin dan perisian pilihan raya oleh Dominion Voting Systems. Tuntutan itu menyebut beberapa saksi dalam afidavit yang menyatakan bahawa mesin Dominion telah dimanipulasi dan secara tidak sah telah mengubah keputusan pilihan raya 3 November.

“Aduan utama mereka melibatkan peranti penandaan kertas undi Dominion. Mereka mengatakan bahawa mesin tersebut disyaki terdedah kepada penipuan. Tidak ada alasan bahawa mereka tidak dapat mengikuti Akta Prosedur Pentadbiran, untuk membantah pihak berkuasa yang membuat peraturan, yang telah dilaksanakan oleh setiausaha negeri. Saman ini sepatutnya telah difailkan beberapa bulan yang lalu ketika penggunaan mesin telah diterima pakai,” kata Batten.

Plaintif memohon mahkamah untuk membatalkan perakuan keputusan pilihan raya, suatu kaedah atau pemberian remedi yang dianggap luar biasa oleh Hakim Batten.

Powell turut mendakwa terdapat beberapa kategori undi yang berpotensi tidak sah, yang mana masing-masing cukup untuk membuktikan pertikaian dalam keputusan pilihan raya. Beliau tidak bersetuju dengan hujah bahawa plaintif tidak mempunyai hak untuk membawa tuntutan dan hak untuk didengar dalam kes itu, atau memfailkan saman pada satu tarikh yang terlalu lewat.

“Atas alasan-alasan berkenaan, kami memohon mahkamah untuk menolak usul penolakan, mengizinkan kami dengan memberi masa beberapa hari, bahkan mungkin hanya lima, untuk melakukan pemeriksaan terhadap mesin-mesin yang kami pohon sejak awal dan mengenal pasti dengan tepat apa yang terjadi dan membentangkan kepada mahkamah akan bukti lebih lanjut bahawa ia mungkin memutuskan untuk memihak kepada kami, kerana penipuan sememangnya berlaku di sini dan ia telah merosakkan keyakinan awam bahawa pilihan rakyat tercermin dalam suara mereka dan ia tidak boleh hanya sekadar berdiri melihat,” kata Powell ketika menutup hujahnya pada 7 Disember.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular