Selain memakan serat organik yang terdapat di dalam kayu dan tumbuhan, anai-anai turut memakan kertas, buku, perabot, kertas dinding dan pelbagai lagi.
Lebih menyedihkan apabila ia turut menjadikan barang berharga misalnya wang kertas sebagai ‘santapannya’ seperti apa yang berlaku pada seorang wanita warga emas ini.

Sudah menjadi kelaziman nenek-nenek kita sebelum ini yang gemar menyimpan wang yang mereka kumpul di dalam bekas, tin atau apa-apa sahaja yang mudah didapati.
Menerusi laman Penang Big News di Facebook, seorang pengguna berkongsi video yang menunjukkan wang neneknya rosak dimakan anai-anai.
Penang Big News/Facebook
Wang kertas yang difahamkan berjumlah hampir RM300,000 tersebut difahamkan disimpan di dalam tin minuman Milo yang telah kosong.
Dalam beberapa video yang disertakan, dapat kita lihat kepingan wang RM100 yang rosak dimakan anai-anai diasingkan dan berselerak di atas lantai.

“Semua wang yang saya keluarkan daripada tin itu rosak. Terdapat wang berjumlah RM10,000 dalam satu timbunan, di mana terdapat 23 timbunan wang secara keseluruhannya”.
Ini bermakna, jumlah wang kertas yang disimpan wanita tersebut bernilai RM230,000. Ianya bukan satu jumlah yang kecil!

Selain foto-foto tompokan pada wang yang terurai tersebut, terdapat beberapa timbunan wang lain yang kelihatan diikat atau dilipatkan.
Penang Big News/Facebook
Sayangnya! Oleh yang demikian, pilihlah tempat yang lebih selamat dan tidak berisiko untuk menyimpan wang anda ya..
Maybe you're interested :
- Mulianya hati lelaki ini, sanggup selamatkan kucing dahulu walaupun rumah dah dinaiki air
- Pakar virologi China mendedahkan bahawa Beijing menutup berita sebenar mengenai COVID-19, terpaksa dapatkan perlindungan suaka di AS
- Kepetahan dua budak Nigeria cakap Melayu buat netizen terpana, sempat pula bergurau dengan tukang rakam