Pasukan peguam Presiden Donald Trump pada 3 Disember membentangkan bukti rakaman video pengawasan dalam pendengaran legislatif negeri Georgia yang menunjukkan pekerja yang mengira undi memberitahu pemerhati pusat pengundian lewat malam ketika malam Hari Pilihan Raya Presiden supaya beredar sebelum mereka terus mengira dan mengeluarkan apa yang kelihatan seperti kotak yang berisi kertas undi.

Dalam pendengaran kes pada 3 Disember, Jacki Pick, seorang peguam sukarela dalam pasukan perundangan kempen, berkata pasukan itu menerima rakaman video dari pusat pengiraan undi berjadual State Farm Arena di Fulton County, Georgia. Pasukan undang-undang berkata pemerhati pusat pengundian GOP tidak dibenarkan melihat proses pengiraan di pusat pengundian.

Menurut Pick, kejadian luar kebiasaan berlaku pada malam itu sekitar jam 10 malam waktu tempatan, di mana seorang wanita yang digambarkan sebagai wanita berambut perang dengan tocang – menyuruh para pekerja supaya berhenti mengira dan memberitahu semua orang untuk pulang.

Paparan Skrin – kamera pengawasan State Farm Arena

Menerangkan secara terperinci rakaman video itu, Pick berkata, “Semua orang mengosongkan tempat, termasuk pemerhati Republikan dan media, tetapi empat orang kekal di tempat mereka dan terus mengira undi dan melakukan penjadualan kertas undi hingga larut malam.” Empat orang kelihatan mengira tanpa pengawasan sehingga sekitar jam 1 pagi, menurut video tersebut.

Pick berkata bahawa rakaman video menunjukkan pekerja pilihan raya Fulton County menunggu di kawasan imbasan sehingga pemerhati pusat mengundi GOP dan wartawan meninggalkan pusat itu sebelum mereka memulakan proses ‘mengimbas kertas undi’, yang nampaknya tanpa sebarang pemerhatian.

Menurut Pick, pada jam 11 ​​malam, setelah semua orang beredar, pekerja dilihat mengeluarkan bekas seakan beg pakaian atau bagasi dan bertanya secara retorik adakah wajar ‘menyimpan bagasi berisi kertas undi di bawah meja yang dilitupi alas meja’. Setelah meneliti rakaman tersebut selama beberapa jam, Pick mencadangkan bahawa itu bukan prosedur yang biasa.

Pegawai pilihan raya Georgia sejak itu mengatakan bahawa itu bukan beg pakaian tetapi bekas simpanan yang digunakan untuk menyimpan kertas undi.

Gabriel Sterling, ketua pengurus pelaksanaan sistem pengundian di Georgia, memberitahu kepada sebuah laman web pemeriksa fakta (fact-checking) selepas rakaman itu didedahkan bahawa, “Jika anda melihat rakaman video, tugas yang anda lihat adalah tugas yang anda harapkan, iaitu anda mengambil bagasi yang telah ditandakan dan melihat sesuatu di dalam, anda meletakkan kertas undi pada pengimbas dalam kumpulan yang dikawal selia dan anda mengimbasnya”.

Frances Watson, ketua penyiasat untuk setiausaha negeri Georgia, juga membantah beberapa tuntutan Pick dengan berkata, “Tiada tong sampah yang mempunyai kertas undi di bawah meja itu. Ia adalah tong sampah kosong dan kertas undi sebenarnya berada di atas meja semasa pihak media masih ada, dan kemudian ia dimasukkan kembali ke dalam kotak ketika media masih berada di sana dan diletakkan di sebelah meja.”

Tidak jelas apa yang dimaksudkannya, kerana rakaman video menunjukkan bekas itu ditarik dari bawah meja.

Tidak ada pegawai yang menjelaskan kepada laman web mengapa kotak serupa bagasi untuk kertas undi disimpan di bawah meja dan kemudian dibawa keluar setelah pekerja lain – seperti yang didakwa Pick – yang diarahkan untuk pulang pada malam pilhan raya selepas jam 10 malam. Mereka juga tidak mengatakan dari mana beg pakaian itu berasal atau siapa yang meletakkannya di bawah meja.

Jurucakap Fulton County memberitahu The Epoch Times, “Video itu bukan satu laporan penipuan pengundi yang boleh dipercayai. Perkara tersebut telah disiasat dan telah disahkan bahawa tiada berlaku penipuan.”

Watson mengatakan kawasan itu masih terbuka untuk orang awam dan tiada sesiapa yang mengarahkan pemerhati pusat pengiraan undi untuk terus tinggal atau beredar. Tetapi tuntutan yang serupa dibuat oleh pegawai Fulton County. Bagaimanapun, ia telah dipertikaikan oleh Pengerusi GOP Georgia, David Shafer, yang pada 3 Disember menulis bahawa kenyataan bahawa seorang pemerhati hadir selama proses itu adalah “tidak benar, seperti yang ditunjukkan dalam video. Kedudukan kami tidak berubah. Kertas undi dikira secara tidak sah dan secara rahsia”.

“Bahkan jika ada pengawas negeri yang hadir, undang-undang masih memperuntukkan kertas undi dikira secara terbuka untuk pemantauan tidak berpihak dan umum. Tetapi pemerhati negeri tidak hadir, seperti yang diakui oleh @GaSecofState dan videonya telah membuktikannya,” kata Shafer.

Paparan Skrin – Kamera pengawasan State Farm Arena

Lebih banyak persoalan

Jacki Pick mendakwa bahawa wanita yang sama dan berambut perang bertocang, yang menurutnya dipercayai sebagai pengurus, telah meletakkan meja di sana lebih awal. Tidak jelas dari mana kertas undi itu berasal, dan tidak jelas bila bekas simpanan itu diletakkan di bawah meja, tambah Pick.

Para saksi telah bersumpah dalam afidavit bahawa pengiraan itu berterusan sehingga awal pagi, kata pasukan Trump.

“Mengapa mereka mengiranya ketika tempat itu dikosongkan tanpa saksi?” Pick mengemukakan persoalan.

Pick berhujah bahawa jumlah undi yang ada ‘di luar margin kemenangan’ dalam pemilihan Presiden. Tiga alat pengimbas – yang dapat melakukan beberapa ribu proses pengundian dalam sejam – dipercayai telah bekerja selama beberapa jam hingga awal pagi, katanya lagi.

Menurut salinan kerajaan negeri Michigan dalam ‘Dominion Functional Requirement’, peranti Dominion tertentu dapat memproses hingga 4,900 kertas undi yang setebal 11 inci dalam  sejam, sementara yang lain dapat memproses 3,600 kertas undi dalam sejam, dan yang lain dapat memproses antara 360 hingga 455 kertas undi dalam sejam. Mesin Dominion digunakan di Fulton County.

Selepas pendedahan video tersebut, Presiden Donald Trump dalam Twitternya berkata bahawa video tersebut merupakan bukti penting yang menunjukkan berlaku penipuan pengundi.

“Wow! Testimoni blockbuster berlaku sekarang di Georgia. Kertas undi di isi oleh Demokrat ketika para Republikan terpaksa meninggalkan tempat pengiraan undi yang luas. Lebih banyak lagi yang akan datang, tetapi ini sahaja semata membawa kemenangan mudah kepada negeri!” tulis Trump.

Dalam pendengaran itu, didapati bahawa para pegawai sedang membersihkan State Farm Arena pada malam pilihan raya, yang didakwa disebabkan oleh kerosakan paip. Pick dan barisan peguam Trump yang lain mengatakan bahawa adalah tidak jelas mengapa ini menjadi sebab pekerja pusat pengundian dan anggota media perlu beredar selepas jam kira-kira 10 malam.

Setiausaha Negeri Georgia Brad Raffensperger, seorang Republikan, berkata kepada wartawan bahawa Fulton County ‘memotong sudut’ semasa pengiraan kedua. Para pegawai bersama setiausaha negeri berkata pada bulan lalu bahawa mereka dapat melihat masalah ‘kelalaian pengurusan’ dan ‘rantaian jagaan’ di daerah ini.

Pengerusi Fulton County Board of Commissioner Rob Pitts mencabar kritikan itu dalam sidang umum pada 3 Disember, dengan mengatakan beliau memberikan daerah itu ‘A+’ tentang bagaimana ia menangani pilihan raya.

Pada 3 November, Regina Waller, pengurus urusan awam Fulton County untuk pilihan raya, memberitahu ABC News bahawa jabatan pilihan raya di State Farm Arena menghantar para pengira undi pulang pada jam 10.30 malam. Pegawai GOP kemudian berkata, seperti yang ditunjukkan dalam video, bahawa pekerja kekal berada dalam dewan untuk terus mengira. Richard Barron, ketua Pilhan Raya Fulton County, berkata kepada Atlanta Journal-Constitution beberapa hari kemudian bahawa lima pekerja daerah kekal tinggal dalam pusat itu untuk melakukan pengiraan.

Barron menambah bahawa pemerhati negeri turut hadir. Beliau mengatakan bahawa dirinya menyedari berlaku kesalahan, sambil menambah pihak GOP dipersilakan untuk memerhati.

Tetapi Shafer berkata pegawai Fulton County “secara palsu mengumumkan pengiraan undi akan dihentikan pada jam 10.30 malam.”

“Video ini membuktikan dakwaan kami – bahawa mereka terus mengira undi secara rahsia sehingga jam 1.00 pagi,” tulis Shafer di Twitter pada 3 Disember. Kira-kira sebulan sebelum itu, beliau memberitahu ‘tiada pertikaian dengan pegawai pilihan raya Fulton County secara tidak sah meneruskan pengiraan undi setelah pemerhati kami meninggalkan pusat.”

Kelewatan kerana paip pecah.

Penyokong Presiden Trump berada di luar State Farm Arena mengadakan protes ketika pengiraan undi terus dijalankan pada 5 November, 2020 ( Megan Varner/Getty Images)

Menurut satu kenyataan oleh pegawai pengiraan pada malam 3 November, insiden paip pecah telah menyebabkan kelewatan selama dua jam ketika pengiraan undi di dalam bilik pengiraan undi bagi pengundi tidak hadir di State Farm Arena pada awal pagi.

Namun, seorang peguam cara tempatan yang mengajukan permintaan rekod bukti mengenai paip pecah hanya menerima pertukaran pesanan teks ringkas mengenai kejadian itu yang menggambarkannya sebagai ‘sangat diperbesar-besarkan … kebocoran kecil yang menyebabkan kira-kira satu setengah jam kelewatan’ dan bahawa ‘kami menanganinya dengan cepat – ia tidak tersebar,” menurut perbualan teks yang dikongsi oleh peguam cara, Paul Dzikowski kepada The Epoch Times.

“Yang pada hakikatnya, tiada kejadian paip pecah atau saluran air bocor, seperti yang dilaporkan oleh beberapa saluran berita,” kata Dzikowski kepada The Epoch Times menerusi e-melnya.

“Air di dalam State Farm Arena disebabkan oleh tandas yang bocor, yang mana seperti yang anda ketahui, dapat diatasi dengan menutup saluran bekalan air ke tandas dengan tangan. Bagaimanapun, kebocoran itu hanya minimum dan dapat diselesaikan pada awal pagi, sebelum waktu kakitangan pilihan raya menghentikan pengiraan undi,” kata Dzikowski.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular