Pengarah Perisikan Nasional Amerika Syarikat (DNI), John Ratcliffe menyatakan bahawa Parti Komunis China (PKC) menggunakan ‘suntingan gen’ untuk meningkatkan kemampuan ketenteraannya.

Tambah Ratcliffe, jika PKC menggantikan AS untuk menjadi kuasa besar dunia, ia akan mengancam kebebasan di seluruh dunia, hak individu, selain mempertaruhkan perusahaan bebas.

Memetik laporan perisikan, Ratcliffe yang merupakan pegawai perisik tertinggi di AS mendakwa bahawa China telah mengubah DNA.

“Ini adalah salah satu perkara yang ditunjukkan oleh risikan kita tentang apa yang China sedang lakukan… Republik Rakyat China memiliki 2 juta kekuatan ketenteraan dan usaha ini mahu menjadikan mereka lebih kuat melalui penyuntingan gen”.

Tambah beliau lagi, ia merupakan salah satu cara China yang pada dasarnya mahu menguasai planet serta menetapkan peraturan untuk digunakan pakai seluruh dunia.

Memetik pelanggaran hak asasi manusia PKC yang berleluasa, Ratcliffe mengatakan apa yang perlu difahami oleh masyarakat dunia adalah ini adalah rejim autoritarian, sambil menambahkan bahawa rejim ini tidak mempedulikan hak individu manusia.

Pengarah Perisikan Nasional, John Ratcliffe menyaksikan upacara di Oval Office, White House di Washington pada 3 Disember 2020 (Evan Vucci/AP)

“Kita telah saksikan apa yang telah mereka lakukan kepada orang Uighur dan juga di Hong Kong. Ini mengenai mengutamakan negara dan itu adalah bertentangan dengan apa yang menjadikan Amerika hebat – kebebasan, hak individu dan perusahaan bebas, di mana ia semua dipertaruhkan jika China berkuasa”.

Pengarah DNI itu sebelum ini ada menulis pendapatnya untuk Wall Street Journal, yang mencirikan rejim China sebagai ancaman keselamatan nombor 1 negara, sambil mengulas mengenai ujian manusia.

China malah telah melakukan ujian manusia terhadap anggota People’s Liberation Army dengan harapan agar dapat mengembangkan tentera dengan kemampuan yang ditingkatkan secara biologi. Tiada batasan etika untuk mengejar kekuasaan Beijing.

Penyelidik China, He Jiankui pada tahun 2018 menggunakan pengeditan gen CRISPR-Cas9 untuk mengubah DNA embrio tujuh pasangan. Tahun lalu, para penyelidik mengatakan bahawa rejim akan cuba menggunakan kemampuan penyuntingan gen CRISPR untuk mengubah kemampuan askarnya.

PKC mengejar aplikasi ketenteraan untuk biologi dan mencari persimpangan yang menjanjikan dengan disiplin lain termasuklah sains otak, superkomputer dan kecerdasan buatan (AI)”, tulis Elsa Kania dan Wilson Vorndick dalam Defense One tahun lalu.

Barisan tentera China selepas upacara ulang tahun ke-70 penglibatan China ke Perang Korea di Tiananmen Square, Beijing pada 23 Oktober 2020 (Kevin Frayer/Getty Images)

“Walaupun potensi memanfaatkan CRISPR untuk meningkatkan kemampuan manusia di medan perang masa depan tetap menjadi kemungkinan hipotetis pada masa kini, ada petunjuk bahawa penyelidik ketenteraan China mulai mengeksplorasi potensinya”, tambah mereka.

“Lebih-lebih lagi di AS, di mana PKC telah mensasarkan anggota Kongres melalui operasi pengaruh”, menurut Ratcliffe.

Tambah beliau, untuk mengatasi ancaman ini dan banyak lagi, beliau telah mengalihkan sumber ke dalam bajet tahunan perisikan sebanyak $85 bilion untuk meningkatkan fokus terhadap China.

“Tindakan ini perlu diteruskan bagi memastikan perisikan AS mempunyai sumber yang diperlukan agar penggubal dasar mengetahui akan niat dan aktiviti China dengan jelas”, tambah beliau lagi.

Ratcliffe juga mencadangkan agar Kongres perlu merapatkan perpecahan partisan Demokrat-Republikan untuk mengatasi PKC kerana mereka bersiap sedia untuk menghadapi konfrontasi terbuka dengan AS.

“Washington juga harus bersedia. Pemimpin harus bekerjasama walaupun berbeza parti untuk memahami ancaman, membincangkannya secara terbuka serta mengambil tindakan untuk mengatasinya”.

Ratcliffe menyampaikan komen di Fox News setelah mengatakan keputusan pilihan raya perlu disiasat dengan lebih telus, dengan memperhatikan tuduhan penipuan atau penyelewengan pengundi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular