Kajian terbaru di China mengenai kelaziman jangkitan selepas perintah berkurung dilaksanakan tidak menemui penularan virus PKC itu di kalangan individu yang merupakan kontak rapat dengan pesakit asimptomatik, penemuan bertentangan dengan naratif semasa bahawa penularan asimptomatik memainkan peranan utama ketika pandemik.

Pembawa asimptomatik adalah seseorang yang tidak menunjukkan gejala setelah dijangkiti, tetapi boleh menyebarkan virus kepada orang lain. Ini berbeza dengan seseorang yang mengalami pra-simptomatik, yang bermaksud orang itu tidak merasai atau kelihatan sakit, tetapi akhirnya menunjukkan gejala virus itu kemudian, dan menyebarkannya semasa fasa pramatang.

Kajian yang diterbitkan dalam Nature itu mengenal pasti 300 kes positif asimptomatik melalui program penyaringan secara besar-besaran lebih daripada sembilan juta warganegara China selepas perintah berkurung di Wuhan, di mana virus PKC (Parti Komunis China) berasal, bermula 4 Mei sehingga 1 Jun dengan menggunakan ujian PCR. 

Warga California menjalani ujian swab COVID-19 di Los Angeles pada 4 September, 2020 (Frederic J.Brown/AFP/Getty Images)

Sampel daripada semua kes asimptomatik yang juga dikultur di makmal dan ‘tiada virus yang berdaya maju’ ditemui, yang bermaksud ia tidak dapat memindahkan virus. Penulis juga mendapati bahawa 190 dari 300 sampel asimptomatik diuji positif untuk antibodi (IgG dan / atau IgM), menunjukkan kemungkinan jangkitan COVID-19 baru-baru ini atau ujian PCR yang memberi keputusan positif palsu.

Para saintis mengenal pasti dan mengikuti 1,174 kontak rapat daripada kes asimptomatik dan mendapati bahawa tiada kontak yang diuji positif untuk COVID-19. Mereka mencatatkan, “Dibandingkan dengan pesakit yang simptomatik, individu yang dijangkiti dan asimptomatik umumnya memiliki jumlah ‘viral load’ yang rendah dan jangka waktu keguguran atau penumpahan virus yang pendek, yang menurunkan risiko penularan SARS-CoV-2.”

“Kajian ini mengesahkan apa yang telah diketahui oleh para doktor dan golongan bukan saintis yang mengesyaki selama bertahun-tahun iaitu, penularan asimptomatik tidak pernah menjadi penyebab utama wabak,” kata Dr. Simone Gold, MD, dan pengasas American Frontline Doctors kepada The Epoch Times.

Sebelum pandemik virus PKC, panduan untuk rawatan dan diagnosis berkaitan wabak virus pernafasan – termasuk wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) tahun 2003 dan wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) tahun 2012,  terutamanya memfokus kepada kes-kes simptomatik untuk menghentikan penularan penyakit ini.

Panduan The Infectious Disease Society of America yang paling terkini mengenai diagnosis, rawatan dan pengurusan wabak semasa musim selesema mengesyorkan hanya orang yang mengalami simptom akan diuji bagi influenza.

Negara Sweden, yang belum pernah menguatkuasakan perintah berkurung, menjalankan ujian universal ke atas warganya, atau memakai pelitup muka secara mandatori sejak pandemik bermula, tidak mempercayai bahawa penularan asimptomatik adalah perkara biasa.

“Berdasarkan pengalaman COVID-19 dan penyakit serupa seumpamanya, penilaian berkaitan adalah penyebaran jangkitan daripada individu tanpa gejala hanya menyumbang sebahagian kecil,” menurut Badan Kesihatan Awam Sweden.

Untuk mengelakkan jangkitan, warga Sweden digalakkan untuk tidak menyentuh wajah mereka, mengamalkan penjarakan fizikal di tempat awam, mempraktikkan kebersihan tangan, bersin atau batuk dengan melipat lengan, dan duduk di rumah ketika berasa tidak sihat atau jatuh sakit.

Kajian lain

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa penyebaran asimptomatik tidak begitu lazim seperti yang dijalankan dalam kajian sebelum ini, setinggi 81 peratus, dan risiko penularan daripada pesakit asimptomatik atau tanpa gejala adalah rendah.

Dalam tinjauan sistematik dan meta-analisis yang merangkumi 79 kajian, para saintis mendapati bahawa pembawa asimptomatik ‘menunjukkan pembersihan virus yang lebih cepat’ yang mencadangkan ia adalah ‘tempoh jangkitan yang lebih pendek’.

Berdasarkan kajian meta-analisis lain yang diterbitkan secara dalam talian pada 9 Oktober, para penyelidik mendapati bahawa ‘anggaran mengenai kelaziman kes COVID-19 asimptomatik dan kadar pemindahan asimptomatik adalah lebih rendah berbanding banyak kajian yang telah dihebahkan’.

Keseluruhan kadar kes asimptomatik adalah 17 peratus, dan pembawa asimptomatik adalah 42 peratus kurang cenderung menyebarkan virus PKC berbanding dengan individu yang mengalami gejala.

Kajian ini melibatkan 21,708 orang daripada 13 kajian yang mengikuti perkembangan pesakit selama ‘sekurang-kurangnya 7 hari untuk membezakan kes asimptomatik daripada kes pra-simptomatik’.

Beberapa kajian yang telah diterbit dan dihebahkan seperti kapal pesiaran Diamond Princess, kajian Iceland, dan tempat tinggal gelandangan di Boston, yang disebut oleh banyak kerajaan dan pegawai kesihatan awam untuk memberi justifikasi dengan beberapa polisi mereka telah dikecualikan daripada kajian ini kerana kurangnya tindakan lanjut ke atas pesakit untuk menentukan sama ada mereka benar-benar asimptomatik atau pra-simptomatik.

Laporan pertama yang menunjukkan penyebaran asimptomatik di luar China juga dikecualikan. Laporan itu menjadi tajuk berita utama negara sebelum didapati terdapat kecacatan. Penulis hanya bergantung pada catatan empat pesakit Jerman tanpa berkomunikasi dengan usahawan ‘asimptomatik’ dari Shanghai, yang mengalami gejala ketika berada di Jerman.

Penulis menekankan kesalahan tersebut dengan menyerahkan lampiran tambahan yang dilampirkan di bahagian bawah kertas kajian (pdf), dan bukannya membuat pembetulan pada kertas itu sendiri.

Ujian ke atas orang yang sihat

Beberapa negara secara universal menguji dan melitupi orang yang sihat sebagai usaha untuk mengurangkan penyebaran asimptomatik, walaupun terdapat bukti yang tidak meyakinkan untuk menyokong jangkitan asimptomatik yang menjadi penyebab pandemik.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) dalam panduannya yang terkini mengenai mengapa pelitup muka kain harus dipakai di kalangan masyarakat, mendakwa terdapat kadar penularan 50 peratus ke atas orang yang asimptomatik, tanpa membezakan antara individu yang asimptomatik dan pra-simptomatik.

“Pelitup muka terutama ditujukan untuk mengurangkan pelepasan titisan yang sarat dengan virus atau ‘source control’, yang sangat relevan untuk pemakai yang asimptomatik atau pra-simptomatik dengan jangkitan yang dikira menyumbang kepada lebih dari 50 peratus penularan.”

Universiti di serata Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom telah menyiapkan laman ujian sementara untuk menguji para pelajar dan kakitangan, sementara Datuk Bandar Washington Muriel Bowser telah menerapkan protokol ujian asimptomatik untuk pelajar dan kakitangan yang mengambil bahagian dalam program pembelajaran secara bersemuka di sekolah awam negeri.

“Kami bangga dengan sistem saringan dan ujian mantap yang telah kami bina di Columbia, dan kini kami dapat menggunakan infrastruktur itu untuk menyokong program ini,” kata Bowser ketika sidang media pada 2 Disember.

Pelajar yang ibu bapa atau penjaga mereka telah menandatangani borang persetujuan akan menerima ‘ujian nasal-swab PCR’ kira-kira setiap 10 hari di sekolah, sementara kakitangan ditawarkan kit ujian melalui pos dalam seminggu sekali, dengan kesemuanya tanpa sebarang kos.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular