Setiap tahun antara hari yang ditunggu-tunggu semestinya hari lahir. Walaupun usia akan bertambah tetapi kemeriahan menyambut hari lahir pastinya lebih bermakna jika disambut bersama mereka tersayang.

Tidak hanya itu, pasti akan ada hadiah yang menanti. Ianya mungkin tidak mahal atau besar tetapi semestinya mempunyai nilai tersendiri. Mendapatkan sesuatu yang dihajati selama ini pasti menyeronokkan terutama pada hari lahir.

Momen manis itulah yang dikongsi oleh seorang netizen ketika menyambut hari lahir ibunya. Apa yang menariknya rakaman video tersebut menunjukkan kejutan yang diberikan kepada ibunya yang berupakan seekor kucing ‘oyen’ yang sangat diinginkan oleh ibunya selama ini.

Facebook
Pada mulanya si ibu tidak tahu hadiah apa yang diberikan kepadanya tetapi sebaik sahaja membuka kotak, muncul seekor kucing comel berwarna oren.

Facebook
Si ibu kelihatan sangat teruja dan gembira. Dia bahkan sempat menangis kerana terharu dengan hadiah yang diterima. Pasti dia sendiri tidak menyangka yang dia akan menerima hadiah yang diingini selama ini.

Facebook
Kejutan seperti pasti akan menjadi kenangan terindah buat mereke sekeluarga. Si comel ‘oyen’ juga pastinya sangat beruntung kerana mendapatkan keluarga yang sangat menyayanginya!

Reaksi si ibu kegembiraan apabila ‘oyen’ menjadi hadiah istimewa buat dirinya :

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular