Beg sekolah tradisional Jepun atau Randoseru mempunyai sejarah lebih 100 tahun. Selain mempunyai fungsi ketahanan yang tinggi, beg sekolah tradisional Randoseru juga direka supaya dapat mengembangkan kemampuan anak-anak untuk mengurus barang-barang mereka sendiri.
Beg sekolah yang direka dengan bentuk yang serupa bertujuan asal untuk mengurangkan jurang antara golongan yang kaya dan miskin, kerana beg galas itu hanya berbentuk biasa dan tidak menarik.

Dan tahukah anda beg sekolah Randoseru yang berkualiti berharga mencecah lebih RM3,000?
Jenama beg sekolah Jepun yang terkenal, Kokuho dan Under Armour kini telah bekerjasama dan akan melancarkan model beg sekolah Randoseru dikenali ‘Under Armour School Bag’ untuk pelajar sekolah rendah.

‘Under Armour School Bag’ dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac 2021 dengan objektif membawa semangat Under Armour yang menyokong pelajar menjadi atlet teratas di masa hadapan.
Dilengkapi dengan beberapa fungsi yang menyokong kehidupan pelajar di sekolah, beg sekolah itu dijamin ketahanannya dan cukup kukuh untuk menampung penggunaan selama enam tahun, jangka masa para pelajar berada di sekolah rendah di Jepun.

Selain itu, beg tahan lasak ini memiliki ukuran lebih besar untuk tujuan menyimpan fail bersaiz A4 dan juga mudah dibawa oleh pelajar sekolah rendah.
Harga beg sekolah Kokuho Under Armour model khas dan model asas masing-masing adalah 88,000 yen (kira-kira RM3,429) dan 77,000 yen (kira-kira RM3,000).

Menurut laman web rasmi Kokuho, mereka merancang untuk mengembangkan empat model asas dan tiga model khusus untuk beg sekolah dan akan menjualnya di semua kedai terpilih dan relevan di Jepun.
Maybe you're interested :
- Tidak mahu membazir ikan peliharaan yang telah mati, wanita ini nekad masak sup ikan koi Jepun!
- Percubaan PKC baiki imej antarabangsa melalui pelancaran misi sokongan dan bantuan perubatan disangsi dunia
- “Abang, nak kotak…” rayuan kanak-kanak gelandangan yang tidak henti-henti meminta kotak untuk mengalas tempat tidurnya buat ramai warganet sayu