Pasukan undang-undang Presiden Donald Trump telah memulakan analisis forensik mesin pengundian Dominion di Michigan setelah hakim pada 4 Disember membenarkan pemeriksaan itu dibuat.

Pada 6 Disember, peguam, Jenna Ellis memberitahu bahawa pasukannya akan ke lokasi sekitar jam 8:30 pagi dan akan berada di sana selama kira-kira 8 jam untuk membuat analisis.

“Kami akan mendapatkan hasilnya dalam lebih kurang 48 jam dan ia akan memberitahu banyak perkara tentang mesin ini”, jelasnya yang mengatakan bahawa seorang hakim telah memberikan akses untuk melakukan audit forensik ini.

Ellis merujuk kepada keputusan seorang hakim di daerah Antrim, Michigan yang mengizinkan audit terhadap 22 buah mesin Sistem Undian Dominion.

Penasihat undang-undang kanan kempen Trump, Jenna Ellis bercakap dengan media sambil diapit oleh peguam Trump dan bekas Datuk Bandar New York City, Rudy Giuliani dan peguam Sidney Powell pada sidang media di ibu pejabat Jawatankuasa Nasional Republik di Washington pada 19 November 2020 (Charlotte Cuthbertson/The Epoch Times)

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bahawa arahan itu dikeluarkan berhubung dengan tuntutan mahkamah yang mana satu, memandangkan terdapat beberapa tuntutan.

Kemudian, jurucakap daerah Antrim, Jeremy Scott memberitahu Detroit Free Press bahawa gambar forensik akan diambil daripada mesin pengundian yang digunakan semasa pilihan raya 3 November.

Hakim, Kevin Elsenheimer mengeluarkan perintah itu berhubung dengan tentangan oleh pengundi, William Bailey yang menfailkan tuntutan terhadap tuduhan kertas undian yang rosak.

Ianya dilaporkan berlaku semasa sesi kiraan semula kertas undian terhadap cadangan penggunaan ganja yang diluluskan dengan majoriti tipis.

Perintah Elsenheimer tidak menyebutkan tentang sebarang ‘perlumbaan’ presiden dan masih tidak dapat dipasikan sama ada perintah itu membolehkan pasukan Trump menganalisa mesin tersebut.

Michigan GOP menyatakan pada bulan November bahawa mesin pengundian di daerah Antrim telah menukarkan 6,000 undian Trump kepada Joe Biden.

Setiausaha pejabat negeri mengatakan bahawa ia disebabkan oleh kesalahan teknikal dan perisian yang tidak dikemas kini dan menambah bahawa masalah itu kemudiannya diperbetulkan.

Semasa wawancara Fox News pada 6 Disember, Ellis menimbulkan keraguan terhadap tuntutan setiausaha negara itu, dengan mengatakan bahawa ia adalah kesalahan yang tidak dapat dijelaskan dan disebut sebagai ‘glitch’.

Dari kiri: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sistem & Perisian Pilihan Raya Tom Burt, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dominion Voting Systems John Poulos, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hart InterCivic Julie Mathis memberi keterangan semasa perbicaraan di hadapan Jawatankuasa Pentadbiran Rumah di Capitol Hill di Washington, DC, 9 Januari, 2020. (Alex Wong/Getty Images)

Perintah Elsenheimer menyatakan bahawa daerah Antrim perlu memelihara dan melindungi semua rekod yang digunakan untuk penjadualan undian di daerah berkenaan.

Selain itu, tidak mengaktifkan penjadualan Dominion yang dimilikinya serta tidak menghubungkan penjadualan Dominion yang dimilikinya di internet.

Jake Rollow, jurucakap Setiausaha Negeri Jocelyn Benson memberitahu Detroit News bahawa perintah hakim adalah tidak jelas.

“Namun, apa yang kami ketahui adalah kesalahan manusia oleh kerani di daerah Antrim telah menyebabkan keputusan dilaporkan tidak betul”, kata Rollow.

“Kesalahan pelaporan adalah hal yang biasa, tidak meninggalkan impak pada tabulasi dan selalu dikenalpasti dan diperbaiki di peringkat daerah, seperti yang terjadi di daerah Antrim”.

Dominion dengan tegas menafikan bahawa mesinnya dapat menukar undian daripada satu calon ke calon yang lain dan juga menolak hubungan dengan syarikat perisian tabulasi undian atau pemerintah asing.

The Epoch Times ada menghubungi pejabat setiausaha negara Michigan dan daerah Antrim setelah wawancara Ellis bersama Fox News namun tiada sebarang respon atau komen dikeluarkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular